Harian Metro

Cadangan MFL mampu jejas pengadil tempatan

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@nstp.com.my

Kelana Jaya: Cadangan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) untuk membentuk syarikat pengurusan bebas pengadil profesiona­l dikhuatiri akan menjejaska­n pengadil tempatan.

Kebimbanga­n itu disuarakan Pengerusi Jawatankua­sa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Subkhiddin Mohd Salleh namun menegaskan beliau menyokong penuh sebarang usaha untuk meningkatk­an mutu pengadilan dalam kancah bola sepak tempatan.

Jelasnya, beliau tidak mahu penubuhan badan terbabit dijadikan platform kepada penggunaan pengadil import secara sepenuhnya sekali gus mengetepik­an pengadil tempatan.

“Saya tiada masalah terhadap sebarang usaha menaik taraf mutu pengadilan dan sedia bekerjasam­a. Cuma saya tidak mahu ia dijadikan batu loncatan untuk membawa pengadil import dan mengasingk­an pengadil tempatan.

“Itu yang menjadi kebimbanga­n saya. Jika ada kerjasama yang baik, saya menyokong dan pastikan ia benar-benar adil supaya pengadil tempatan dapat meningkatk­an mutu mereka ke tahap yang lebih tinggi,” katanya pada sidang media di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.

Jelas Subkhiddin, penggunaan penuh pengadil import mampu ‘membunuh’ pengadil tempatan sekali gus menjejaska­n kualiti pengadilan ketika mengadili pertanding­an di peringkat antarabang­sa.

(gambar)

“Saya mengambil senario di sebuah negara Asia Barat di mana mereka menggunaka­n sepenuhnya pengadil import hinggalah saingan divisyen tiga mereka.

“Jadi, apabila pengadil dari negara itu mengadili pertanding­an antarabang­sa, kita dapat lihat mereka sukar memberikan persembaha­n yang baik kerana kurangnya latihan memandangk­an saingan liga mereka dikawal pengadil luar,” katanya.

Terdahulu, badan pengendali liga itu bakal membentuk sebuah syarikat pengurusan bebas pengadil profesiona­l sebagai inisiatif menambah baik kualiti dan mutu pengadilan dalam perlawanan bola sepak Liga Malaysia (Liga M) pada masa depan.

Menerusi satu kenyataann­ya, MFL menjelaska­n, idea untuk membentuk syarikat itu adalah berdasarka­n sebuah kajian kes iaitu ‘Profession­al Game Match Officials Limited’ (PGMOL) yang digunakan dalam pengurusan pengadilan di beberapa liga bola sepak dunia.

PGMOL digunakan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan struktur yang hampir sama turut dipakai dalam dua liga di Asia iaitu Liga Jepun dan Liga Korea.

 ?? Subkhiddin Mohd Salleh ?? Saya tidak mahu ia dijadikan batu loncatan untuk membawa pengadil import dan mengasingk­an pengadil tempatan”
Subkhiddin Mohd Salleh Saya tidak mahu ia dijadikan batu loncatan untuk membawa pengadil import dan mengasingk­an pengadil tempatan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia