Harian Metro

‘SAYA OKEY SAJA...’

-

Putrajaya: “Syukur.. saya OK, Alhamdulil­lah,” kata Datin Seri Rosmah Mansor selepas hampir 13 jam diambil keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini, semalam.

Beliau yang kelihatan ceria dan masih sempat tersenyum ketika menjawab ringkas soalan petugas media yang menungguny­a sejak pagi.

Bagaimanap­un, beliau enggan mengulas lanjut soalan wartawan mengenai sesi ambil keterangan ke atasnya yang berlanjuta­n sejak hadir ke ibu pejabat SPRM jam 9.50 pagi.

Sementara itu, peguam Rosmah, Datuk K Kumaraendr­an berkata, beliau tidak boleh mengulas lanjut mengenai soal siasat yang dihadapi Rosmah, namun menjelaska­n sesi mengambil keterangan terhadap anak guamnya sudah selesai.

“Datin Seri (Rosmah) has completed giving statement to

MACC (Datin Seri sudah selesai memberi keterangan kepada SPRM).

“I do not wish to give any

further statements (Saya tidak merancang untuk beri apa-apa kenyataan),” katanya.

Ketika ditanya sama ada Rosmah akan dipanggil lagi ke SPRM untuk memberi keterangan hari ini, beliau berkata, tiada arahan sedemikian diterima daripada SPRM.

Terdahulu, Rosmah yang hadir ke ibu pejabat SPRM pada jam 9.50 pagi dengan menaiki Proton Perdana dilihat meninggalk­an bangunan itu pada jam 10.40 malam dengan kenderaan sama.

Sumber berkata, kehadiran isteri bekas Perdana Menteri itu, di sini hari ini bagi membantu siasatan berkaitan penyelewen­gan dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun bank suaminya, Datuk Seri Najib Razak.

Rosmah dipanggil selepas menerima notis untuk memerintah kehadiran ke ibu pejabat SPRM di kediamanny­a di Jalan Langgak Duta, di sini, petang semalam.

Menurut sumber, tindakan memanggil Rosmah adalah bagi membolehka­n siasatan lanjut dilakukan ke atasnya berhubung lebih 20 pertuduhan jenayah yang kebanyakan­nya membabitka­n kes pengubahan wang haram.

Ini adalah kali kedua dipanggil ke SPRM untuk diambil keterangan dengan kali pertama beliau hadir pada 5 Jun lalu bagi memberi keterangan berhubung siasatan kes SRC Internatio­nal Sdn Bhd.

 ??  ??
 ??  ?? ROSMAH keluar dari bangunan Ibu Pejabat SPRM pada jam 10.40 malam tadi.
ROSMAH keluar dari bangunan Ibu Pejabat SPRM pada jam 10.40 malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia