Harian Metro

AZEEZ DIREMAN 4 HARI

„ Abdul Azeez abang dan sepupu bantu siasatan kes rasuah kontrak Tabung Haji

- Ahmad Johari Mohd Ali ajohari@nstp.com.my

Mahkamah Majistret semalam, memerintah­kan Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, abang dan sepupunya direman selama empat hari bagi membantu pelbagai siasatan kes rasuah membabitka­n kontrak Tabung Haji (TH).

Perintah tahanan reman itu dikeluarka­n Majistret Shah Wira Abdul Halim mengikut peruntukan 117 Kanun Acara Jenayah (KAJ).

Shah Wira membenarka­n permohonan Suruhanjay­a Pencegahah­an Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengeluark­an perintah reman terhadap ketiga- tiga individu itu bermula semalam sehingga 29 September ini.

Difahamkan, perintah penahanan reman itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 4 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA).

Terdahulu, Abdul Azeez, abangnya dan sepupu beliau yang juga pengarah syarikat tiba di mahkamah dengan dibawa menaiki kereta Proton Preve SPRM pada jam 10.30 pagi.

Mereka yang diiringi pegawai SPRM dibawa ke Mahkamah Majistret di Aras 2 dan turut ditemani keluarga serta sekumpulan penyokong yang melaungkan Hidup BN.

Ketiga-tiga mereka diwakili peguam, Datuk Seri Jahaberdee­n Mohamed Yunoos dan Datuk S Devanandan.

Azeez, 52, yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO ditahan jam 11.15 pagi semalam selepas hadir memberi keterangan bagi membantu siasatan kes menerima rasuah di ibu pejabat SPRM.

Abangnya yang juga pengurus besar sebuah syarikat ditahan di Sungai Buloh, 15 minit selepas itu.

Abdul Azeez adalah bekas Pengerusi TH.

Sementara itu, Devanandan ketika ditemui wartawan berkata, pihaknya berhujah permohonan reman perlu ditolak kerana siasatan boleh dilakukan tanpa penahanan atau kehadiran mereka.

Beliau berkata, Abdul Azeez turut memberitah­u majistret, beliau akan memberikan kerjasama sepenuhnya dalam siasatan dan boleh hadir di pejabat SPRM.

“Bagaimanap­un, kami akur dengan keputusan mahkamah untuk menahan mereka...siasatan adalah berkaitan satu kontrak diberi TH,” katanya.

 ??  ??
 ?? FOTO: AHMAD IRHAM MOHD NOOR ??
FOTO: AHMAD IRHAM MOHD NOOR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia