Harian Metro

HILANG 3 SAHABAT SERENTAK

„ Dua pelajar maut selepas hantar rakan karib pulang ke kampung

- Zaid Salim cnews@nstp.com.my

“Saya menghubung­i Syaifudeen 25 minit selepas mereka menghantar saya pulang untuk bertanya lokasi ketika itu, tetapi tidak berjawab,” kata Imannuddin Ahmad Zaidi, 19, rakan mangsa yang maut dalam kemalangan membabitka­n dua kenderaan di simpang tiga FELDA Belara di sini, malam kelmarin.

Menurutnya, dia bersama tiga rakannya, Syaifudeen Sobree Abdul Rahman, 24, Che Wan Hasbullah Che Wan Zubaidi, 22, dan Nik Muhamad Arif Mohd Afandi, 22, pulang ke kampung masing-masing untuk bercuti.

Katanya, dia dan rakannya adalah penuntut jurusan Diploma Penyejukan dan Penyamanan di Institut Kemahiran Mara (IKM) Johor Bahru.

“Sebaik tiba di Kuala Terengganu jam 10 malam, mereka menghantar saya di rumah keluarga di Kampung Losong Haji Shafie sebelum meneruskan perjalanan ke rumah masing-masing iaitu di Kampung Raja, Besut, Cherang Ruku, Pasir Putih dan Tumpat.

“Bagaimanap­un, Proton Iswara yang mereka naiki terbabit kemalangan hingga meragut nyawa Syaifudeen Sobree dan Che Wan Hasbullah,” katanya di pekarangan rumah mayat Hospital

Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), awal pagi semalam.

Turut maut dalam kemalangan itu penumpang Proton Wira, Mohd Kamarul Zaman Asdi, 24, dari Kampung Gerdong, Hulu Terengganu.

Imannuddin berkata, ketiga-tiga mereka pelajar semester empat dan sangat rapat serta tinggal dalam satu bilik di asrama.

“Ketika saya hubunginya, mungkin dia tertidur atau kejadian sudah berlaku,” katanya yang mendapat tahu berita berkenaan menerusi media sosial jam 2 pagi.

Menurutnya, dia mengakui sangat terkejut dan bingung kerana tidak menyangka

kehilangan rakannya dalam sekelip mata.

“Saya rapat dengan Syaifudeen dan tidak menyangka pelawaan untuk pulang bersamanya ke kampung menjadi pertemuan terakhir.

“Dia (Syaifudeen) beriya-iya ajak saya pulang bersama sedangkan saya bercadang membeli tiket bas dan ini kali pertama kami balik kampung bersama,” katanya.

Sementara itu, bapa Mohd Kamarul Zaman, Asdi Mohd, 58, dari Kampung Gerdong, Hulu Terengganu berkata, dia reda dengan ketentuan Allah dan menerima kehilangan

anaknya.

Menurutnya, ketika kejadian, dia bersama dua rakan sekampung dalam perjalanan ke bandar Kuala Terengganu.

Katanya, arwah beritahu kepadanya dan isteri, Faridah Ludin, 49, sebelum keluar menaiki Proton Wira yang dipandu rakannya, Mohd Suhaimi Yusof, 23.

“Ketika dia keluar tidak ada pula cakap apa-apa yang pelik, cuma beritahu hendak ke bandar saja.

“Saya terima berita selepas rakannya yang memandu kereta itu hubungi dan memaklumka­n mereka kemalangan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA bomba mengeluark­an mangsa yang tersepit dalam kenderaan.
ANGGOTA bomba mengeluark­an mangsa yang tersepit dalam kenderaan.
 ??  ?? MOHD Kamarul Zaman
MOHD Kamarul Zaman
 ??  ?? SYAIFUDEEN Sobree
SYAIFUDEEN Sobree
 ??  ?? CHE Wan Hasbullah
CHE Wan Hasbullah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia