Harian Metro

‘Ibu kutu’ kebas RM200,000

- Hafidzul Hilmi Mohd Noor hafidzul@nstp.com.my

„ Suspek minta mangsa buat sekali bayaran sebelum tunggu 5 bulan untuk dapat pulangan

Anjur ‘main kutu’ dengan pulangan lumayan hingga 150 peratus. Malah, mangsa dijanjikan hadiah RM9,000 bagi setiap RM6,000 yang diberikan kepada ‘ibu kutu’.

Suspek wanita terbabit didakwa menipu puluhan mangsa seluruh negara membabitka­n nilai kerugian lebih RM1 juta.

Difahamkan, suspek meminta mangsa membuat hanya sekali pembayaran ‘kutu’ dan perlu menunggu tempoh lima bulan untuk mendapatka­n pulangan wang ‘kutu’ dikumpulka­n suspek.

Bagaimanap­un ‘ibu kutu’ yang mempromosi­kan kegiatan itu melalui dalam talian melarikan diri selepas memperdaya beberapa kumpulan mangsa.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Aishah, 34, berkata, dia mula menyertai permainan kutu itu tahun lalu selepas diajak rakan baiknya.

“Saya yang berminat menyertai permainan kutu itu kemudian menghubung­i ‘ibu kutu’ terbabit. Wanita itu meminta saya mencari rakan lain bagi mengisi slot ‘kutu’ yang kosong.

“Saya mengajak lebih 15 lagi rakan untuk menyertai permainan kutu ini, sekali gus mencukupka­n jumlah individu diperlukan,” katanya.

Aishah berkata, kumpulanny­a membuat bayaran duit kutu dengan jumlah berbeza setiap seorang. “Namun

pada awal September lalu ‘ibu kutu’ terbabit memaklumka­n akan membubarka­n permainan berkenaan kerana seorang lagi ‘ibu kutu’ melarikan wang peserta.

“Dia berjanji membayar balik wang kutu dikumpul namun hingga kini wang terbabit tidak dikembalik­an,” katanya.

Menurutnya, ‘ibu kutu’ terbabit mendakwa kononnya dia turut menjadi mangsa penipuan dan wang itu dilarikan individu lain.

“Namun selepas disiasat, ‘ibu kutu’ terbabit menggunaka­n taktik itu untuk melepaskan diri sebelum gagal dihubungi. Kami seramai 20 orang menyerahka­n wang hampir RM200,000 kepadanya.

“Saya dapat tahu ramai lagi kumpulan di Selangor, Johor, Pulau Pinang dan Sarawak menjadi mangsa penipuanny­a,” katanya.

Katanya, dia yang mewakili 20 rakan lain membuat laporan polis berhubung kejadian itu, baru-baru ini di Balai Polis Skudai, Johor. “Namun saya diberitahu polis tidak boleh mengambil sebarang tindakan kerana aktiviti ‘kutu’ yang dijalankan itu tidak didaftarka­n.

“Kegiatan licik ‘ibu kutu’ terbabit pernah tular di laman sosial kerana ramai mangsa yang tertipu. Saya berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan ke atas wanita terbabit,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman ketika dihubungi berkata, mangsa boleh membuat laporan polis di balai berhampira­n dan kebiasaann­ya kes itu akan dipindahka­n kepada Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM) untuk disiasat.

Menurutnya, JSJK sebelum ini pernah memberi amaran aktiviti bermain kutu adalah satu kesalahan dan pesalah boleh didenda tidak lebih daripada RM500,000 atau dipenjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Ini susulan beberapa kes penganjur atau ‘ibu kutu’ menghilang­kan diri bersama wang dibayar pelabur atau peserta.

“Mengikut Seksyen 3 Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971, salah di sisi undang-undang menjalanka­n perniagaan menganjurk­an kumpulan wang kutu.

“Mana-mana orang yang menjalanka­n perniagaan menganjurk­an kumpulan wang kutu dan mana-mana orang yang menjalanka­n perniagaan itu melakukan satu kesalahan.

“Jika disabitkan kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya,” menurut makluman itu.

Polis turut menasihatk­an orang ramai berhati-hati jika menyertai mana-mana permainan kutu kerana selain melanggar undang-undang, mangsa juga berisiko untuk ditipu.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia