Harian Metro

Tabiklah Nurul!

- Mahaizura Abd Malik mahaizura@nstp.com.my

„ Anggota penguat kuasa JPJ manfaat bahasa isyarat belajar suka-suka bantu OKU datang mengadu

Empat belas tahun lalu ketika masih di bangku sekolah, wanita ini mengikuti kelas bahasa isyarat sekadar suka-suka untuk mengisi masa lapang ketika di asrama.

Namun, hari ini kemahiran dimiliki memberikan kelebihan dan banyak membantu Nurul Fatihah Shamsudin Shah, 27, yang bertugas sebagai anggota penguat kuasa Unit Pendakwaan Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur.

Kemahiran Nurul Fatihah dipuji netizen apabila rakaman video dia menggunaka­n bahasa isyarat ketika berkomunik­asi dengan seorang wanita orang kurang upaya (OKU) yang membuat aduan di pejabat JPJ tular di media sosial.

Nurul Fatihah berkata, dia tidak menyangka kemahiran bahasa isyarat dipelajari ketika belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ampuan Durah (STAD), Seremban, Negeri Sembilan, memberi kelebihan buatnya ketika menjalanka­n tugas.

“Saya berpeluang menyertai kelas yang diadakan pada hujung minggu itu ketika belajar di STAD dari tingkatan satu hingga lima.

“Selain mengisi masa lapang, saya sertai kelas bahasa isyarat kerana mahu memudahkan komunikasi dengan pelajar pendidikan khas yang tinggal satu asrama dengan saya.

“Tidak sangka hari ini kemahiran itu rupa-rupanya berguna dalam kerjaya saya kerana membantu insan istimewa pekak dan bisu berurusan dengan kami,” katanya.

Menurutnya, video berdurasi satu minit 30 saat itu dirakam rakan setugas ketika dia diminta membantu anggota penguat kuasa Unit Pelesenan mengendali­kan aduan seorang wanita OKU pendengara­n.

“Wanita itu ditemani suaminya yang juga OKU pekak dan bisu. Pasangan itu mengadu mengenai tindakan sebuah sekolah memandu yang mengambil wang namun tidak mengajar wanita terbabit.

“Lesen ‘L’ wanita itu hampir tamat tempoh, jadi dia tampil berjumpa kami untuk mendapatka­n bantuan.

“Namun anggota penguat kuasa mengendali­kan aduan itu mengalami kesukaran untuk berkomunik­asi dengan pasangan terbabit, saya diminta seorang rakan untuk membantu menjadi jurubahasa,” katanya.

Katanya, dia diberi kepercayaa­n sebagai jurubahasa sepanjang anggota penguat kuasa berkenaan mencari penyelesai­an untuk kes wanita OKU itu.

“Saya akan terbabit secara langsung dalam membantu memudahkan perjalanan kes ini. Kami akan mengambil tindakan terhadap sekolah latihan memandu itu dan membantu wanita OKU itu sampai dia dapat lesen memandunya,” katanya.

Menurutnya, situasi seumpama itu bukan perkara asing baginya, malah dia pernah menggunaka­n kelebihan dimiliki untuk membantu golongan OKU lain.

“Selaku penguat kuasa di Unit Pendakwaan, saya menggunaka­n bahasa isyarat untuk berurusan dengan individu pekak dan bisu yang kena saman.

“Saya gembira kerana memiliki kemahiran ini kerana menyelesai­kan kes dianggap unik. Malah urusan kami dengan pelanggan dalam kalangan OKU pekak dan bisu lancar,” katanya.

 ??  ?? NURUL Fatihah memanfaatk­an kemahiran berbahasa isyarat ketika membantu seorang wanita pekak dan bisu membuat laporan akibat dianiaya sebuah pusat memandu.
NURUL Fatihah memanfaatk­an kemahiran berbahasa isyarat ketika membantu seorang wanita pekak dan bisu membuat laporan akibat dianiaya sebuah pusat memandu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia