Harian Metro

Arak maut pintu belakang

- Hafidzul Hilmi Mohd Noor, Mohd Azam Shah Yaacob dan Husna Alias mohdazam@nstp.com.my

„ Taktik kedai serbaneka terbongkar

Jual arak maut melalui pintu belakang kedai. Itu taktik licik seorang pemilik premis kedai serbaneka yang dikesan menjadi punca puluhan kes keracunan methanol sebelum ini.

Kegiatan suspek berusia 30 tahun itu terbongkar apabila premisnya di Sek syen U5, Bandar Suria, Kampung Baru Subang di sini, diserbu polis jam 9 malam, kelmarin.

Hasil serbuan itu, polis merampas 435 botol arak tiruan pelbagai jenama yang disyaki beracun.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superinten­dan S Somu berkata, premis serbaneka itu dipercayai menjual arak tiruan termasuk jenama yang menjadi punca keracunan dan menyebabka­n kematian.

“Hasil pemeriksaa­n mendapati arak itu dijual di bahagian belakang kedai bagi mengelakka­n kegiatan haram itu dihidu pihak berkuasa,”katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh, semalam.

Somu berkata, arak tiruan terbabit masih mendapat permintaan daripada pelanggan di daerah ini terutama dalam kalangan warga asing.

“Walaupun jumlah kematian meningkat setiap hari, masih tidak ada kesedaran daripada pelanggan dan penjual kerana arak tiruan berada di pasaran.

“Polis memberi amaran terutama kepada pemilik kedai yang menjual arak tiruan ini supaya menghentik­an kegiatan berkenaan,” katanya.

Katanya, sejak 18 September lalu, 11 serbuan sudah dijalankan di daerah ini dan lima daripadany­a berjaya.

“Sebanyak 836 botol arak tiruan dirampas dalam operasi sejak 18 September hingga 24 September.

“Hasil daripada serbuan itu, seorang wanita warga Myanmmar dipercayai penjaga premis ditahan bagi membantu siasatan,” katanya.

Menurutnya, suspek ber usia 30 tahun itu direman hingga 1 Oktober depan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1997.

“Semua arak yang dirampas dihantar ke Jabatan Kimia bagi menguji sampel arak,” katanya.

 ??  ?? SOMU (dua dari kiri) bersama pegawainya menunjukka­n minuman keras yang dirampas pada sidang media, semalam.
SOMU (dua dari kiri) bersama pegawainya menunjukka­n minuman keras yang dirampas pada sidang media, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia