Harian Metro

Adik ipar dibebas

-

Shah Alam: Adik ipar Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle Fund), dilepaskan daripada tahanan reman selepas Mahkamah Tinggi, di sini, membenarka­n permohonan semakan bagi membatalka­n tempoh reman dikenakan terhadapny­a.

Turut dibebaskan biras kepada Nazrin Hassan iaitu suami wanita itu, sehari sebelum perintah reman itu tamat hari ini.

Perintah itu dikeluarka­n Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman selepas membenarka­n permohonan semakan daripada peguam Hisyam Teh Poh Teik dan LS Leonard yang mewakili pasangan suami isteri terbabit.

Ab Karim turut memerintah­kan kedua-dua suspek yang berusia 39 dan 41 tahun dilepaskan semalam pada jam 5 petang, selepas tamat waktu berkerja.

“Tempoh tahanan reman terhadap kedua-duanya adalah terlalu lama dan pihak polis tidak memberi alasan kukuh terhadap penahanan mereka.

“Untuk menahan reman selama itu, perlu ada alasan yang sangat kukuh dan alasan diberikan atas penahanan itu boleh dibuat tanpa kehadiran mereka,” katanya.

Terdahulu, Leonard dalam hujahnya berkata, permohonan berkenaan dibuat atas beberapa alasan termasuk tiada keperluan terhadap penahanan dua individu terbabit.

“Selain itu, antara sebab lain, kami melihat tahanan ini dibuat lebih kepada keadaan terdesak dan bukan untuk merakam kenyataan selain melihat proses ini salah,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Nazneen Zulkifli mewakili responden.

Isnin lalu, Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Hairul Azhar Mohd Ishak memerintah­kan pasangan terbabit ditahan reman semalam empat hari bagi membantu siasatan kematian Nazrin.

Sebelum ini, polis turut menahan isteri mangsa dan bekas suaminya kedua-duanya berusia 43 tahun serta anak mereka berusia 14 dan 16 tahun.

Nazrin meninggal dunia di rumahnya di Mutiara Homes, Damansara kira-kira jam 12.20 tengah hari, pada 14 Jun lalu selepas terperangk­ap dalam kebakaran di bilik tidurnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia