Harian Metro

Diusir selepas dicerai

-

„ Wanita boleh tuntut harta sepencaria­n sepanjang perkahwina­n

yang ditentukan hukum syarak.

Namun, yang memberi kesan atau beza dari segi undang-undang adalah sama ada harta itu benar-benar diperoleh dalam tempoh perkahwina­n atau perkahwina­n itu sah dan apa sumbangan dibuat dalam perkahwina­n terhadap harta itu.

Pada dasarnya, harta sepencaria­n adalah amalan dalam masyarakat kita tetapi ia tidak bercanggah dengan hukum syarak. Firman Allah SWT dalam Surah an-Nisaa’, ayat 32, yang bermaksud: “Orang lelaki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan dan orang perempuan pula ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan.”

Islam mengiktira­f usaha dan sumbangan dilakukan setiap umatnya dalam memiliki dan memperoleh harta. Tanpa mengambil kira jantina, kadar bahagian mengikut apa yang mereka usahakan.

Bukan bermakna hanya suami saja berhak ke atas harta yang dimiliki walaupun secara zahirnya suami membuat sumbangan yang besar.

Mengambil contoh salah satu penghakima­n dalam tuntutan harta sepencaria­n, iaitu satu kes yang dibicaraka­n dan diputuskan oleh mahkamah pada 1978.

Menurut Kadi Besar Pulau Pinang, Yang Arif Harussani Zakaria (pada masa itu) ketika memutuskan kes Nor Bee lwn Ahmad Shanusi mengenai harta sepencaria­n:

“Harta sepencaria­n diluluskan oleh syarak atas dasar khidmat dan perkongsia­n hidup. Isteri mengurus dan mengawal rumah tangga ketika suami keluar mencari nafkah. Isteri menurut syarak berhak mendapat orang gaji dalam menguruska­n rumah tangga. Jika tiada orang gaji maka kerja memasak, membasuh dan mengurus rumah hendaklah dianggap sebagai sebahagian kerja yang mengurangk­an tanggungan suami.”

Penghakima­n itu menjadi garis panduan bagi kebanyakan kes tuntutan harta sepencaria­n di Mahkamah Syariah yang mengiktraf sumbangan isteri sebagai isteri sepenuh masa tanpa dibayar gaji seperti orang gaji.

Maka sumbangan isteri dari segi tugasan mengurus rumah tangga, suami dan anak-anak, memasak, membasuh dan tugasan lain diambil kira sebagai sumbangan terhadap suami dalam usaha meringanka­n tanggungan suami.

Bagi masalah dialami puan, secara asasnya ia mempunyai merit dari sudut pandangan undangunda­ng untuk menuntut hak puan sebagai harta sepencaria­n.

Penamaan milikan di atas nama suami bukan bermaksud ia adalah hak mutlak suami. Seperti yang diperuntuk­kan di dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri berkenaan Harta Sepencaria­n, Seksyen 122 iaitu:

3. Mahkamah mempunyai kuasa apabila membenarka­n lafaz talak atau apabila membuat perintah perceraian, memerintah­kan supaya apa-apa aset yang diperoleh dalam masa perkahwina­n dengan usaha tunggal satu pihak kepada perkahwina­n itu dibahagi antara mereka atau supaya aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagi antara mereka atau supaya manamana aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagi antara pihak itu.

4. Dalam menjalanka­n kuasa yang diberi oleh subseksyen (3), Mahkamah hendaklah memberi perhatian kepada:

a. Takat sumbangans­umbangan yang dibuat oleh pihak yang tidak memperoleh aset itu kepada kebajikan keluarga dengan memelihara rumah tangga atau menjaga keluarga.

b. Keperluan anak yang belum dewasa daripada perkahwina­n itu jika ada dan tertakluk kepada pertimbang­an itu, mahkamah boleh membahagik­an aset itu atau hasil jualan itu mengikut apa-apa kadar yang difikirkan­nya munasabah, tetapi walau bagaimanap­un, pihak yang memperoleh aset itu dengan usahanya hendaklah menerima suatu kadar yang lebih besar.

Tuntutan yang ingin dikemukaka­n perlu disertakan dengan fakta yang menyokong dakwaan puan. Sehubungan itu, puan perlu mengemukak­an fakta mengenai sumbangan yang dibuat dalam usaha puan atau suami mendapatka­n harta berkenaan.

Sekiranya puan tiada sumbangan secara langsung sama ada dalam bentuk kewangan atau tenaga, puan boleh mengemukak­an fakta sumbangan secara tidak langsung iaitu dari segi tugas sebagai isteri yang dilakukan sepanjang harta itu mula dimiliki sehingga bercerai.

Fakta sumbangan itu perlu dikemukaka­n bagi tujuan menentukan berapa kadar bahagian yang layak untuk puan dan suami. Mana-mana pihak yang menyumbang dengan kadar yang besar, maka bahagianny­a akan besar.

Seterusnya, puan juga boleh memohon supaya ditetapkan juga cara pembahagia­n kadar itu sama ada harta itu dijual dan seterusnya dibahagika­n kepada pihak yang layak mengikut kadar bahagian masing-masing.

Penulis ialah peguam syarie

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia