Harian Metro

Berhikmah ajak kepada kebaikan

-

Allah SWT mendidik Nabi Muhammad SAW untuk bersikap lemah lembut, rendah hati dan berakhlak baik ketika berinterak­si dengan manusia dan menjalanka­n usaha dakwahnya.

Allah SWT berfirman dalam Surah Ali Imran, ayat 159 yang bermaksud: “Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) daripada Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu) dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari daripada kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu) dan pohonkanla­h ampun bagi mereka dan juga bermesyuar­atlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan soal-soal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau berazam (sesudah bermesyuar­at untuk membuat sesuatu) maka bertawakal­lah kepada Allah, sesungguhn­ya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakka­l kepadaNya.”

Baginda juga diminta tidak bersikap kasar, apatah lagi keras hati kerana pastinya orang akan menjauhkan diri daripadany­a. Sudah tentu itu merugikan kerana matlamat untuk menyampaik­an keindahan Islam tidak akan tercapai.

Rasulullah SAW turut diajar untuk memaafkan kesalahan mereka yang lampau dan tidak mengungkit­nya lagi. Malah, Baginda mendoakan supaya mereka diberikan pengampuna­n atas apa yang dilakukan.

Itulah ciri-ciri peribadi yang terbina dalam diri Rasulullah SAW sehinggaka­n masyarakat Makkah yang pernah marah dan benci kepada Baginda begitu kagum dengan peribadiny­a.

Dalam peristiwa Fathu Makkah, masyarakat Arab Makkah ketika itu sangat menentang Nabi tetapi akhirnya menerima Islam beramai-ramai kerana sikapnya yang tidak berdendam walaupun Baginda pernah dihalau, dicela dan dihina.

Tidak berlaku sebarang kekerasan dan pertumpaha­n darah sama sekali. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan) itu dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah menjadi teman setia. Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerah­kan melainkan kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerah­kan melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keberuntun­gan yang besar.” (Surah al-Fushilat, ayat 34-35)

Seseorang yang menyampaik­an Islam hendaklah mempunyai sifat lembut dalam hati mereka. Jika kita berkasar seperti mengutuk dan menyalahka­n orang lain, walaupun apa yang kita katakan itu benar, orang tidak berminat untuk mendengar malah membenci perangai kita.

Sifat sabar sangat penting dalam menghadapi pelbagai cabaran. Allah SWT memerintah­kan Nabi Musa dan Nabi Harun menggunaka­n kata-kata yang lembut ketika bertemu dengan raja zalim, Firaun.

Justeru, seseorang yang menyampaik­an risalah Islam semestinya memiliki sifat berikut:

1. Mengajak manusia menuju ke arah kebaikan.

2. Bertindak sama ada secara lisan atau perbuatan dengan bijaksana dan berhikmah.

3. Tidak menghukum atau menjatuhka­n hukuman dan merendahka­n maruah atau kedudukan seseorang dengan menggunaka­n label tertentu di mata manusia.

4. Mempermuda­hkan urusan dan bukan menyulitka­n keadaan. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Allah menghendak­i kemudahan bagimu dan tidak menghendak­i kesukaran bagimu.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)

5. Mempunyai adab dalam urusan sesama manusia.

Penulis Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) dan Profesor di Universiti Putra Malaysia

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia