Harian Metro

Dr Hasnita dilantik Pengerusi MARA

-

Putrajaya: Pengerusi Maybank Asset Management Group Bhd (MAMG), Dr Hasnita Hashim dilantik sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang baharu berkuat kuasa 1 Oktober ini.

Menurut Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan semalam, Dr Hasnita memiliki kelulusan doktor falsafah (PhD) dalam bidang fizik nuklear daripada University of Oxford.

Di samping itu, beliau berpengala­man selama 26 tahun dalam pengurusan kewangan global dan pernah memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif di Guidance Investment­s, anak syarikat Guidance Financial Group.

“Beliau memulakan kariernya di Coopers & Lybrand Deloitte, London. Beliau juga ahli Institute of Actuaries.

“Kini, beliau Pengerusi MAMG dan Ahli Lembaga Pengarah Malayan Banking Bhd (Maybank),” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, Pejabat Perdana Menteri turut mengumumka­n pelantikan enam Ahli Majlis MARA baharu.

Mereka ialah Rektor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak, Pengerusi Eksekutif Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia (MAVCOM), Dr Nungsari Ahmad Radhi dan Pengarah Urusan MYDIN Mohamed Holdings Bhd, Datuk Dr Ameer Ali Mydin.

Selain itu, Pengerusi Mayban Life Assurance Bhd, Datuk Syed Tamin Ansari Syed Mohamed, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Proton Holdings Bhd, Tengku Tan Sri Mahaleel Tengku Ariff dan Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Bhd (AMB), Zakri Khir.

 ??  ?? DR Hasnita
DR Hasnita

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia