Harian Metro

Usaha tambah baik kehidupan pelarian

-

Kuala Lumpur: Lebih 70 peratus pelarian yang berada di Malaysia ketika ini berasal dari Myanmar iaitu membabitka­n 139,740 individu daripada keseluruha­n 161,146 pelarian berdaftar.

Mereka membabitka­n etnik Rohingya, etnik Chins, Muslim Myanmar, Rakhine dan Arakanese serta etnik lain dari Myanmar.

Suruhanjay­a Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) berkata, pihaknya menyokong sepenuhnya cadangan kerajaan menggunaka­n pendekatan pelbagai fungsi dalam isu perlindung­an dan kebajikan pelarian.

Wakil UNHCR di Malaysia, Richard Towle berkata, pendekatan yang membabitka­n kerjasama aktif kerajaan, UNHCR, masyarakat dan sektor swasta itu dilihat sebagai komitmen kerajaan dalam usaha menambah baik keadaan untuk pelarian di negara ini.

“UNHCR menyokong sepenuhnya cadangan Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah ketika beliau menghadiri majlis

(GCR) di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Selasa lalu.

“Kami menghargai komitmen kerajaan baharu memperbaik­i situasi yang dihadapi pelarian termasuk mengesahka­n status sementara mereka dan memberikan kebenaran bekerja.

“Ia menunjukka­n komitmen serius Malaysia terhadap GCR dan seterusnya membentuk situasi menang-menang bagi Malaysia dan pelarian,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Kelmarin, akhbar melaporkan Saifuddin berkata, sehingga 31 Ogos lalu, Malaysia memberi perlindung­an kepada 161,146 pencari suaka dan pelarian dari

59 negara.

Beliau berkata, Malaysia akan terus memenuhi tanggungja­wab antarabang­sa untuk menangani migrasi melalui perang, bencana alam, pergolakan politik dan konflik bersenjata.

Walau bagaimanap­un, tanggungja­wab menangani masalah pelarian mestilah dikongsi bersama antara kerajaan sumber dan negara penerima.

“Ia tidak boleh dan bukan tanggungja­wab hanya satu pihak semata-mata.

“Dasar dan langkah di peringkat global mesti memenuhi keperluan semua pihak serta diformulas­ikan dan dilaksanak­an dengan penyertaan yang berkesan daripada semua pihak,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia