Harian Metro

‘Boleh bertanding’

Bekas peguam Anwar perjelas isu kelayakan bakal calon PKR di Port Dickson

- Murni Wan Omar murni@nstp.com.my

“Anwar boleh bertanding,” kata bekas peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, N Surendran. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan sama ada Anwar layak atau tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil Port Dickson, 13 Oktober ini.

“Sebagai bekas peguam Anwar, saya tidak boleh memberi komen lanjut. Bagaimanap­un saya boleh katakan ini, mengikut Perkara 48 (1)(e) Perlembaga­an Persekutua­n jika individu itu diberikan pengampuna­n penuh (free

pardon), dia boleh bertanding.

“Ini bermakna Anwar boleh bertanding,” kata beliau ketika dihubungi, semalam.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Titiwangsa, Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin dan Siti Zabedah Kasim sebelum ini menggesa Peguam Negara, Tommy Thomas memberi penjelasan sama ada Anwar yang juga Presiden PKR layak bertanding atau tidak pada Oktober ini.

Nazir Hussin mendakwa tiada apa-apa di dalam Perlembaga­an Persekutua­n yang menyatakan bahawa sabitan ke atas apa-apa hukuman adalah diketepika­n oleh kerana pengampuna­n.

Beliau turut mempersoal­kan sama ada seseorang itu boleh bertanding mana-mana kerusi Parlimen atau DUN sebelum cukup tempoh lima tahun selepas pengampuna­n diberikan. Siti Kasim pula mempersoal­kan sama ada pembebasan Anwar adalah daripada penguranga­n hukuman penjara lima tahun itu yang dikenakan terhadapny­a atau pengampuna­n daripada Yang di-Pertuan Agong seperti yang disyorkan oleh Lembaga Parol.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia