Harian Metro

Mahu selesaikan isu dihadapi rakyat

-

Seremban: Bakal calon bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Stevie Chan Keng Leong mengumumka­n 10 manifesto yang disifatkan­nya berjuang untuk menyelesai­kan isu dihadapi rakyat selepas Pakatan Harapan (PH) memerintah selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.

Menurutnya, dia percaya pengundi di Port Dickson mewakili demografi seluruh Malaysia dan kebimbanga­n mereka dikongsi bersama rakyat jelata dari Perlis sehingga ke Sabah.

Katanya, rakyat mengundi PH pada 9 Mei lalu bukan saja untuk menolak politik lama yang penuh rasuah dan kebencian, tetapi juga untuk menyelesai­kan kebimbanga­n harian mereka berkaitan kadar kenaikan gaji yang rendah, kos kehidupan yang semakin meningkat, jurang ketidaksam­aan kekayaan, kualiti pendidikan awam dan banyak lagi.

Menerusi kenyataann­ya itu, Stevie mengumumka­n enam manifesto nasional manakala empat lagi khas untuk rakyat di Port Dickson.

Manifeston­ya itu menjurus kepada memberi sokongan sepenuhnya manifesto PH dan memastikan pentadbira­n sekarang memenuhi janji-janji, menubuhkan jawatankua­sa Parlimen untuk menilai dan membuat keputusan ke atas semua projek mega sedia ada atau akan datang dan memperkena­lkan tiga jenis cukai untuk atasi ketidaksam­aan kekayaan.

Stevie turut menyenarai­kan bantuan bulanan kepada golongan isi rumah 20 peratus termiskin, menubuhkan Majlis Penasihat Khas kepada beberapa kementeria­n, meminda undang-undang pilihan raya dan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasat wakil rakyat yang meletak jawatan tanpa sebab munasabah dalam manifeston­ya.

Selain itu, menerusi manifeston­ya itu turut dijanjikan penyediaan pengangkut­an awam yang selesa, murah dan boleh diharap menghubung­kan Kuala Lumpur dan Port Dickson, selesaikan isu jenayah di Port Dickson yang membelengg­u pendudukny­a, memastikan kebersihan Port Dickson terjaga dan akan tinggal di Port Dickson untuk berkhidmat.

Menurut Stevie, rakyat sering dikecewaka­n dengan pelbagai janji manis ahli politik dan dia mengakui ada usul yang mungkin sukar untuk dilaksanak­an.

“Sebagai wakil Bebas, adalah menjadi tanggungja­wab saya untuk sekurang-kurangnya membawa perbincang­an ini ke peringkat nasional.

“Sesetengah agenda saya seperti mengubah sistem cukai supaya orang kaya dicukai lebih dan hasilnya disalurkan kepada golongan miskin adalah selari dengan prinsip peribadi ramai Ahli Parlimen sedia ada,” katanya.

Menurutnya, dia percaya agenda yang membawa kebaikan bersama rakyat Malaysia patut disokong wakil rakyat kerana diundi rakyat yang mahukan ahli politik berkhidmat untuk mereka dan bukan untuk kepentinga­n peribadi.

Sesetengah agenda saya, seperti mengubah sistem cukai supaya orang kaya dicukai lebih dan hasilnya disalurkan kepada golongan miskin adalah selari dengan prinsip peribadi ramai Ahli Parlimen sedia ada”

Stevie Chan Keng Leong

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia