Harian Metro

‘Remuk hati saya’

- Mohd Amin Jalil cnews@nstp.com.my

„ Lelaki kesal tindakan segelintir individu perlekeh usaha ubati anak tak mampu bergerak

“Sebagai bapa, remuk hati saya apabila dapat tahu ada yang memperleke­hkan usaha untuk memastikan Ahmad Wafiy mendapat rawatan terbaik dan sempurna,” kata bapa kepada kanak-kanak yang menghidap Sindrom Morquio Adli Sham Abas, 40.

Dia kesal dengan tindakan segelintir individu yang cuba memperleke­hkan usahanya untuk mengubati Ahmad Wafiy, 7, yang tidak mampu bergerak kerana fizikalnya berkeadaan lembut seluruh tubuh.

Adli Sham berkata, individu berkenaan mengeluark­an pelbagai kenyataan menerusi Facebook mendakwa dia tidak perlu menghabisk­an wang ringgit yang banyak semata-mata untuk mengubati anaknya kerana berpandang­an kanak-kanak itu tidak akan dapat dipulihkan.

“Saya kesal dengan tindakan mereka yang mengeluark­an pelbagai kenyataan tidak baik menerusi media sosial yang dilihat cuba memperleke­hkan usaha kami sekeluarga.

“Tindakan mereka seolah-olah menafikan apa yang kami lakukan selama ini untuk memastikan Ahmad Wafiy mendapat rawatan dengan harapan dia pulih daripada penyakit dihidapi dan menjadi seperti kanak-kanak normal,” katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan isteri Menteri Besar Negeri Sembilan Wan Hasni Wan Yusof di kediaman ibunya di Rumah Rakyat Panchor, semalam.

Wan Hasni menyampaik­an sumbangan wang tunai dan barangan makanan keperluan harian khusus yang digunakan Ahmad Wafiy seperti susu dan air rawatan.

Ahmad Wafiy menghidap Sindrom Morquio dan tidak mampu menguruska­n dirinya menyebabka­n ibunya, Norliyana Abdullah, 31, perlu berada di sisinya setiap masa.

Harian Metro sebelum ini melaporkan sekurang-kurangnya RM2,000 diperlukan sebulan untuk membiayai kos rawatan Ahmad Wafiy.

Anak tunggal itu memerlukan rawatan susulan pada setiap bulan dan ini termasuk pengangkut­an berulang-alik ke hospital.

Keluarga berkenaan kurang berkemampu­an untuk menyediaka­n kos membiayai kos rawatan kanak-kanak berkenaan dan kini mengharapk­an sumbangan daripada pelbagai pihak dan orang ramai.

Adli Sham berkata, dia tidak akan melayan pandangan individu berkenaan kerana doktor sendiri menyaranka­n supaya Ahmad Wafiy terus diberikan rawatan di hospital selain rawatan alternatif.

 ??  ?? WAN Hasni memangku Ahmad Wafiy yang menghidap penyakit saraf dan tulang lembut ketika berkunjung ke rumah keluargany­a di Kampung Melayu Panchor, semalam. LAPORAN Harian Metro 22 September lalu.
WAN Hasni memangku Ahmad Wafiy yang menghidap penyakit saraf dan tulang lembut ketika berkunjung ke rumah keluargany­a di Kampung Melayu Panchor, semalam. LAPORAN Harian Metro 22 September lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia