Harian Metro

Salur bekalan air bersih

- Hidayatul Akmal Ahmad dan Siti Nur Zawani Miscon cnews@nstp.com.my

„ IMARET, MVM, ATM sedia sistem SafeWhere untuk 60,000 pelarian Rohingya di Bangladesh

Sekurang-kurangnya 60,000 atau 10 peratus populasi pelarian Rohingya di kem Mega Balukhali/Kutupalong Cox’s Bazar, Bangladesh bakal menerima bekalan air bersih menjelang Disember depan.

Sistem rawatan air medan

hasil kerjasama Pasukan Tindakan dan Bantuan Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMARET), Pertubuhan Sukarelawa­n Muslim Malaysia (MVM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu dipasang di lima lokasi kem pelarian Rohingya.

Kerjasama ini menjadikan keseluruha­n 10 sistem rawatan air berkuasa solar dipasang di sekitar kem itu yang berupaya membekalka­n 12,500 liter air selamat diminum kepada 6,000 pelarian sehari.

Koordinato­r IMARET, Dr Ahmad Munawwar Helmi Salim berkata, pemasangan sistem rawatan air yang dibangunka­n sepenuhnya menggunaka­n kepakaran Malaysia itu membantu komuniti pelarian mendapatka­n bekalan air selamat diminum.

“Bekalan air selamat adalah keperluan mendesak selepas petugas di sektor kesihatan termasuk doktor sukarelawa­n IMARET mendapati ramai pelarian menghidap penyakit bawaan air kerana sumber selamat terhad.

“Kami dapati ramai pelarian yang menghidap penyakit bawaan air dengan gejala cirit-birit, muntah hinggalah dehidrasi. Memang banyak pihak bina telaga tiub di sini tetapi hanya bekalan air bersih bukan air terawat.

“Diharap pemasangan pemasangan sistem SafeWhere membantu menangani masalah penyakit bawaan air dengan memastikan air yang mereka minum bukan hanya bersih, tetapi selamat diminum,” katanya pada sidang media di MVM di sini, semalam.

Dalam pada itu, Presiden MVM Muhammad Jantan berkata, sebelum ini ada NGO yang memberi bantuan telaga air tetapi hanya bersifat sementara kerana selepas setahun bermasalah.

“Sebab itu kami memilih memberi terus bekalan air selamat diminum yang mampu bertahan dalam tempoh lima hingga 10 tahun,” katanya.

Krisis kebanjiran pelarian Rohingya dari Myanmar sejak Ogos tahun lalu menyaksika­n 700,000 pelarian baru masuk ke Bangladesh untuk berlindung daripada operasi berdarah tentera Myanmar di wilayah Rakhine.

 ??  ??
 ??  ?? DR Ahmad Munawar (kiri) dan Muhammad menunjukka­n gambar sistem rawatan air SafeWhere di Kem Pelarian Rohingya di Cox's Bazar pada sidang media khas di Puchong, semalam.
DR Ahmad Munawar (kiri) dan Muhammad menunjukka­n gambar sistem rawatan air SafeWhere di Kem Pelarian Rohingya di Cox's Bazar pada sidang media khas di Puchong, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia