Harian Metro

Sekat hak rakyat

- Ahmad Johari Mohd Ali cnews@nstp.com.my

„ Mahkamah Persekutua­n putuskan kerajaan boleh kemuka saman fitnah

Keputusan Mahkamah Persekutua­n memutuskan kerajaan persekutua­n dan negeri boleh mengemukak­an saman fitnah terhadap individu mengehadka­n hak rakyat untuk bersuara.

Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, walaupun dalam undang-undang ada ruang luas dan terbuka untuk mengembang­kan sistem perundanga­n, ia meletakkan hak kerajaan sama dengan individu jika kerajaan dibenarkan berbuat demikian.

Mohamed Haniff berkata, ia mengehadka­n hak rakyat memberikan pandangan dan meluahkan kritikan kepada mana-mana kerajaan yang bertentang­an dengan Artikel 10 Perlembaga­an Persekutua­n iaitu kebebasan bersuara.

Beliau berkata, adalah sukar untuk menyatakan kerajaan persekutua­n dan negeri mempunyai hak untuk mengambil tindakan itu terhadap individu kerana ia (kerajaan) adalah satu konsep bukan individu yang tidak mempunyai maruah untuk memfailkan saman fitnah.

Sehubungan itu, katanya, konsep kritikan terhadap kerajaan tidak boleh diletakkan di bawah undang-undang sivil.

“Ia kerana ada jalan lain yang boleh diambil kerajaan mengikut peruntukan undang-undang lain seperti undang-undang jenayah, tetapi bukan melalui undang-undang fitnah.

“Undang-undang fitnah membabitka­n remedi dalam bentuk ganti rugi, takkan kerajaan hendak mengambil ganti rugi disebabkan oleh maruahnya?” katanya.

Sementara itu, peguam Datuk Seri Gopal Sri Ram memberitah­u portal bahasa Inggeris Free Malaysia Today bahawa keputusan Mahkamah Persekutua­n itu adalah cacat.

Sri Ram berkata, Akta Prosiding Kerajaan 1956 (yang membenarka­n kerajaan memfailkan saman fitnah terhadap individu) adalah undang-undang pra-Merdeka.

Beliau berkata, sebagai undang-undang pra-Merdeka, ia mesti selari dengan Perkara 162 (6) Perlembaga­an Persekutua­n iaitu undang-undang tertinggi negara.

Oleh itu, katanya, hak kerajaan untuk menuntut mestilah tertakluk kepada Perkara (10) (1) (a) yang termasuk hak untuk mengkritik kerajaan tanpa sekatan,” katanya.

Sri Ram berkata, di bawah Perkara 5 (1), kebebasan peribadi seseorang tidak boleh diambil kecuali mengikut undang-undang.

Katanya, undang-undang itu termasuk undang-undang lazim England iaitu kerajaan tiada sebarang reputasi untuk dipertahan­kan.

Dalam prosiding semalam, panel lima hakim Mahkamah Persekutua­n diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Ahmad Maarop memutuskan bahawa kerajaan persekutua­n dan negeri boleh memfailkan saman fitnah terhadap individu.

Keputusan itu yang mengekalka­n keputusan Mahkamah Rayuan pada 7 April 2016, sekaligus menolak rayuan dikemukaka­n Ahli Parlimen Kuching Chong Chieng Jen.

Chieng Jen yang juga Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan bahawa kerajaan negeri dan pihak berkuasa kewangan kerajaan negeri boleh memfailkan saman fitnah terhadapny­a.

Dalam keputusan sebulat suara itu, Ahmad memerintah­kan supaya kes saman itu dikembalik­an ke Mahkamah Tinggi bagi perbicaraa­n selepas mendapati Mahkamah Rayuan terkhilaf apabila memutuskan Chieng Jen bertanggun­gjawab memfitnah (melalui penerbitan) tanpa mendengar pembelaann­ya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia