Harian Metro

Saat manis tewaskan tuan rumah

-

Dendangan Syafeek alunkan lagu My Way dalam versi muzik gamelan

dapat pujian juri

“Padahal pada peringkat awal dulu, ada beberapa kementeria­n pernah menabur janji mahu membantu dan meminta saya menghantar kertas cadangan, namun akhirnya hampa,” katanya.

Penyanyi yang dikenali melalui lagu Teka Teki dan Tanpa Arah itu bagaimanap­un bersyukur di sebalik semua yang berlaku, dia akhirnya mendapat perhatian sebuah syarikat pelaburan, Malaysia Monspace tiga hari sebelum berlepas ke Paris.

Katanya, syarikat itu bersetuju menghulurk­an bantuan untuk menampung perbelanja­an selama berada di sana.

Bercakap mengenai pertanding­an itu, penyanyi asal Shah Alam ini berkongsi, cabaran utama dari segi masa apabila Malaysia berbeza 12 jam daripada Paris.

Lebih sukar, dia terpaksa membiasaka­n diri dengan ‘jet-lag’ dalam tempoh sehari saja sebaik sampai di Paris pada 17 September lalu kerana pusingan kelayakan bermula sehari selepas tiba.

“Pusingan kelayakan berlangsun­g kira-kira jam 1 sehingga 5 pagi waktu Malaysia dan ada lebih 40 peserta yang datang dari seluruh dunia.

“Daripada jumlah itu, hanya 22 peserta layak ke sesi separuh akhir dan 18 saja akan bertarung di peringkat akhir selepas melalui tiga pusingan ‘battle’,” katanya.

Lebih menarik, dia berjaya menewaskan wakil tuan rumah dari Perancis pada pusingan kedua yang melayakkan diri ke peringkat separuh akhir.

Pada pusingan pertama Syafeek menyanyika­n lagu Perancis berjudul Je Suis Malade nyanyian asal Lara Fabian dan pusingan kedua menyanyika­n lagu Salam Terakhir (Datuk Sudirman Arshad).

Mengejutka­n ialah pada pusingan ketiga dia menyanyika­n lagu My Way nyanyian asal Frank Sinatra dalam versi muzik gamelan.

Katanya, persembaha­n itu mendapat pujian juri yang berpendapa­t cara penyampaia­n lagu legenda yang sangat popular dalam kalangan masyarakat antarabang­sa itu disuntik elemen tradisiona­l Melayu.

“Ketika diumumkan dapat masuk peringkat akhir saya sangat gembira dan berbekalka­n lagu Kau Kekasihku nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza, saya tidak sangka ia bawa tuah sekali gus menjadi juara edisi kedua pertanding­an ini,” katanya.

Pada pertanding­an itu, Syafeek menerima hadiah wang tunai RM10,333.50 (AS$2,500), trofi dan tiket penerbanga­n ke Sepanyol selain akan membuat persembaha­n pada pentas akhir edisi ketiga, i-Sing World 2019 di Sepanyol.

Dia turut meluahkan rasa sebak apabila lagu Negaraku berkumanda­ng di Novotel Paris Centre Tour Eiffel saat namanya diumumkan juara kategori solo selain berterima kasih dengan sokongan peminat sepanjang pertanding­an itu.

Naib juara bagi kategori

Padahal pada peringkat awal dulu, ada beberapa kementeria­n pernah menabur janji mahu membantu dan meminta saya menghantar kertas cadangan, namun akhirnya hampa

solo dimenangi peserta dari Ukraine dan tempat ketiga pula dari Sepanyol.

Bagi kategori duet, pasangan dari Korea Selatan muncul sebagai juara, sementara pasangan dari Filipina di kedudukan kedua dan Arab Saudi pula berada di tempat ketiga.

Imbas kembali, Syafeek menang i-Sing Malaysia yang berlangsun­g pada 29 Julai lalu sekali gus layak mewakili Malaysia ke i-Sing World 2018 yang berlangsun­g pada 18 sehingga 23 September lalu.

i-Sing World edisi pertama di adakan tahun lalu di Myanmar. Peserta Malaysia diwakili Nabillah Mohammad yang berjaya menduduki tempat ketujuh.

Syafeek dijangka pulang ke tanah air pada Ahad ini.Amirul Haswendy Ashari

 ??  ?? SYAFEEK (tengah) selepas diumumkan juara i-Sing World 2018.
SYAFEEK (tengah) selepas diumumkan juara i-Sing World 2018.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia