Harian Metro

Hafal skrip

-

“Selalunya rakaman video untuk Instagram cuma memerlukan masa tidak lebih dua jam untuk selesai.

“Sekarang barulah saya merasai pengalaman sebenar berlakon dan penggambar­an berlanjuta­n sehingga lewat malam walaupun tempoh siaran setiap episod pendek,” katanya.

Selain itu, Chazynash turut mengakui berdepan kesukaran menghafal skrip.

“Saya sudah biasa bercakap spontan apa yang terlintas di fikiran sewaktu rakaman video sketsa sendiri. “Namun, selepas beberapa ketika, saya dapat membiasaka­n diri bercakap mengikut dialog skrip,” katanya.

Lebih mencabar, isteri -nya hamil tiga bulan sewaktu penggambar­an bermula.

“Sebenarnya tawaran datang enam bulan sebelum penggambar­an. Ketika itu isteri belum hamil dan kami setuju kerana enggan melepaskan peluang.

“Sebelum masuk set barulah dapat tahu isteri mengandung dan mula risau memikirkan keadaannya” kata Chazynash.

Namun begitu, Chazynash bersyukur pihak produksi memahami situasi Fatin dan semuanya berjalan lancar sepanjang sebulan penggambar­an.

“Isteri ada alahan dan penggambar­an salah satu babak terpaksa dibatalkan kerana dia demam,” katanya.

Chazynash berharap siri itu membuka peluang kepadanya untuk pergi lebih jauh dalam dunia seni.

Dalam SOS, Chazynash melakonkan watak suami penyayang, namun sering menimbulka­n kemarahan isterinya.

Fatin pula menjadi isteri garang dan suasana rumah tangga pasangan itu dimeriahka­n lagi dengan gelagat lucu Superpandi, Farhan Kapor serta Khor Adrian.

Siri arahan Azahari Ali ini bersiaran jam 10.30 malam mulai 5 Oktober ini di saluran ntv7.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia