Harian Metro

Sophia enggan buang masa

-

Teruskan saja dengan beberapa

projek solo untuk kekal relevan

“Sebenarnya, DeFam masih ada dan kami tidak pernah dibubarkan mahupun berpecah. Mungkin ramai yang menganggap sedemikian kerana kami masing-masing ada komitmen lain dalam industri hiburan,” katanya.

Sophia juga menjelaska­n mereka memerlukan masa yang lama dalam menghasilk­an karya berkualiti kepada peminat.

“Sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk kami keluarkan lagu baru kerana ia belum lengkap untuk kami berikan yang terbaik.

“Lagunya sudah ada dan saya sendiri sudah siapkan lirik untuk bahagian saya. Jadi, proses untuk melengkapk­annya yang memakan masa yang panjang,” katanya.

Dia juga tidak mahu membuang masa dan melakukan sesuatu untuk terus kekal relevan.

“Kalau Azira dan Manggis masing-masing sibuk dengan komitmen mereka, saya pula memilih teruskan saja dengan beberapa projek solo,” katanya.

Ditanya mengenai karier sebagai pelakon, Sophia berkata, hatinya lebih cenderung kepada muzik berbanding dunia lakonan.

“Saya sebenarnya lebih selesa sebagai penyanyi kerana itu adalah jiwa saya. Saya memulakan langkah di dalam industri dengan muzik. Jadi, saya akan kekal dengan pilihan pertama saya itu,” katanya.

Menurut Sophia, setiap kali dia menulis lagu dan lirik, jiwa seni dan keperibadi­annya terus berkembang bersama karya yang dihasilkan.

“Mungkin lain orang, lain pilihannya. Bagi saya, setiap kali saya hasilkan lagu atau lirik, ia berkembang bersama diri saya. Ia mematangka­n saya sebagai pemuzik dan individu.

“Saya yakin, saya patut buat apa yang diimpikan sejak awal iaitu untuk menjadi pemuzik dan bukannya menukar arah tuju hanya kerana sudah mula dikenali,” katanya.

Terbaru, Sophia bekerjasam­a bersama penyanyi hip hop W.A.R.I.S dan Zizi Kirana menerusi single berjudul Terbaik Bossku.

Kerjasama itu tidak terlalu sukar buatnya memandangk­an dia sendiri sudah mengenali kedua-dua penyanyi itu.

“Sepanjang bekerja dengan mereka, semuanya berjalan lancar. W.A.R.I.S dan Zizi merakamkan bahagian mereka terlebih dulu dan kemudian saya masuk ke studio dan lengkapkan bahagian saya,” katanya.

Sebelum Terbaik Bossku, Sophia juga pernah bekerjasam­a dengan

Sakura Band untuk lagu berjudul Magik. Namun, tentunya ada perbezaan ketara antara keduadua karya itu.

“Kalau dalam lagu

Magik bersama Sakura Band, rentak dan auranya lebih kepada sesuatu yang gamat dan ‘chicky’. Terbaik

Bossku pula, jiwa lagunya lebih matang dan serius.

“Apa yang pasti, kami sudah berikan yang terbaik untuk lagu ini dan harap diterima dengan baik oleh pengikut setia industri muzik tanah air,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia