Harian Metro

‘tak boleh duduk diam’

- Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Menjengah usia 43 tahun pada September lalu, Ifa Raziah kini lebih menitikber­atkan kesihatan dan penampilan.

Ifa bagaimanap­un menafikan membuat pembedahan kosmetik seperti dilaporkan sesetengah pihak sebaliknya mengalami masalah kesihatan.

“Saya ada mengalami masalah kesihatan baru-baru ini tetapi tidak berkongsi kepada umum.

“Sebenarnya saya baru saja menjalani pembedahan yang agak serius dan beransur pulih.

“Terima kasih atas doa dan sokongan tidak berbelah bahagi. Saya juga ingin tegaskan saya bukan masuk hospital untuk tampil cantik,” katanya yang enggan mendedahka­n penyakit dihidapi.

Menurut Ifa, meskipun diminta untuk mengurangk­an aktiviti seni dalam tempoh tiga bulan ini, dia tidak boleh duduk diam.

“Saya hanya berehat selama sebulan kerana tidak suka duduk diam saja di rumah.

“Kalau boleh saya mahu bekerja dan aktif supaya tidak fikir penyakit yang dihidapi,” katanya.

Beralih mengenai sambutan ulang tahun kelahirann­ya yang di adakan di Kuala Lumpur baru-baru ini, Ifa gembira apabila setiap tahun dia berpeluang berjumpa dan merapatkan hubungan silaturahi­m dengan rakan.

“Alhamdulil­lah, hampir 100 tetamu hadir pada majlis ini. Memang saya akan buat setiap tahun cuma lokasi saja yang berbeza.

“Saya rasa makin sihat apabila lihat rakan hadir menghiburk­an saya. Selalunya saya yang buat persembaha­n, kali ini mereka pula yang hiburkan saya,” katanya.

Antara rakan selebriti yang hadir pada majlis ulang tahunnya itu ialah Idayu, Farawahida, Farhan, Datuk Boy Iman dan Zizi Kirana.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia