Harian Metro

Mudah dan bergaya

- Husain Jahit husain@hmetro.com.my

Memerangka­p terus telinga dengan fungsi kedap udara untuk

penghasila­n bunyi lebih mantap

Menikmati muzik yang anda gemari adalah sesuatu yang subjektif dan ia bergantung kepada minat seseorang itu terhadap muzik.

Namun, bagaimana untuk menikmati muzik itu secara total adalah sesuatu yang perlu diambil kira yang mana ia mungkin hanya dengan mendengar secara biasa (telinga bogel) atau menggunaka­n peranti bantuan seperti fon telinga, fon kepala dan sebagainya. Ada fon kepala yang memerangka­p terus telinga pengguna dengan fungsi kedap udara untuk penghasila­n bunyi lebih mantap, dibantu pula dengan fungsi pemadam bunyi sekeliling untuk memastikan hanya bunyi daripada lubang speaker itu yang anda dengar dengan perincian tinggi.

Ada pula fon telinga yang lebih kecil dengan hanya memasukkan penyumbat peranti ke dalam lubang telinga. Disebabkan penyumbat itu dibuat daripada getah silikon anjal yang boleh muat betul-betul menutup lubang telinga, maka telinga anda tidak lagi dapat mendengar bunyi sekeliling kecuali bunyi daripada speaker fon telinga berkenaan.

Penggunaan kedua-dua peranti ini kini lebih kemas dengan fungsi penyambung­an tanpa wayar Bluetooth. Tak nampaklah wayar berselirat atas bahu dan kelakar juga apabila melihat orang seperti bercakap sendiri sedangkan dia sedang berbual dengan rakan lain melalui telefon bimbit menggunaka­n fon telinga. Jabra adalah jenama terkemuka dari negara Mediterran­ean Denmark menerusi produk fon telinga Elite 65t menjadi satu lagi inovasi terkini yang bukan saja mementingk­an kualiti bunyi yang dihasilkan tetapi juga reka bentuknya yang anggun.

Melihat pada kotaknya kelihatan seperti sebuah peranti yang besar, hakikatnya ia hanyalah satu set fon telinga dengan sebuah pengecas mudah alih, kabel dan manual.

Sebelum boleh menggunaka­nnya, perlulah dicas terlebih dulu pengecas menggunaka­n kabel USB yang disambungk­an terus ke PC. Lampu pada pengecas itu akan menyala berwarna hijau dan berkelip-kelip. Lampu berkenaan berhenti berkelip apabila baterinya sudah penuh.

Tiada cas terus dari kabel ke fon telinga. Oleh itu, kedua-dua fon telinga itu perlu dimasukkan ke dalam ruangan khas di dalam pengecas mudah alih dan tutup. Ada satu lagi lampu di bahagian dalam menandakan proses mengecas sedang berjalan. Kaedah ini juga memastikan bateri fon telinga anda sentiasa penuh bagi membolehka­n pengguna terus menikmati muzik dan berbual menerusi telefon secara bebas.

Satu cas penuh boleh menawarkan penggunaan sehingga lima jam, manakala kotak pengecas itu boleh membekalka­n tenaga sehingga 15 jam.

Sangat mudah untuk memadankan fon telinga ini dengan telefon bimbit menggunaka­n Bluetooth.

Apa yang perlu dilakukan hanya tekan butang on/ off pada peranti sebelah kanan dan butang ke kiri pada peranti sebelah kiri. Kemudian masukkan kedua-dua peranti ke dalam lubang telinga dan anda boleh mendengar arahan bersuara. Inovasi fon telinga ini diperkuat dengan empat mikrofon yang digabungka­n dengan ruang akustik bagi meningkatk­an kualiti suara ketika bercakap agar menjadi lebih jelas dan terang didengar oleh pihak yang satu lagi.

Satu lagi ciri menariknya ialah kepada pengguna yang gemar menggunaka­n arahan suara kerana ia menyokong hampir semua perkhidmat­an suara. Oleh itu pengguna dengan mudah memberi arahan telefon pintar untuk memainkan lagu-lagu kegemaran, mendengar berita-berita yang berasaskan suara, mendengar laporan kaji cuaca dan sebagainya. Kesimpulan­nya, bagi anda yang inginkan kemudahan menikmati lagu kegemaran dengan kualiti bunyi yang tinggi, malas nak angkat telefon bimbit untuk menjawab panggilan, malah tampak bergaya dengan fon telinga, maka Jabra Elite 65t harus dipertimba­ngkan.

 ??  ?? INfO
prODuK: Jabra Elite 65t (fon telinga) pengeluar: JABRA - GN Group Denmark harga: RM799 laMan web: www.jabra. sg/bluetooth-headsets
INfO prODuK: Jabra Elite 65t (fon telinga) pengeluar: JABRA - GN Group Denmark harga: RM799 laMan web: www.jabra. sg/bluetooth-headsets
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia