Harian Metro

BUKAN KEJAR GELARAN, WANG

-

3 peserta pentas akhir Da’i musim keenam bersaing buktikan kewibawaan masing-masing

10 minggu berdepan ujian menyampaik­an dakwah dengan cara paling berkesan bagi menarik minat golongan tua dan muda, minggu ke-11 atau lebih tepat lagi pentas akhir yang akan berlangsun­g esok bakal menentukan siapa layak bergelar juara Da’i musim ke-6.

Tiga nama bertuah iaitu Imran Mohd Zaki, 21, atau Da’i Imran, Muhammad Adam Muhibullab Abdullah, 26, (Da’i Adam) dan Haziq Safwan Norazman, 23, (Da’i Haziq) akan bersaing bagi membuktika­n ketokohan masing-masing dalam menyampaik­an dakwah sekali gus dinobatkan juara.

Hadiah yang ditawarkan untuk juara Da’i 6 berupa wang tunai RM60,000, naib juara RM15,000 dan tempat ketiga RM10,000.

Da’i Pilihan Almas pula akan menerima wang tunai RM2,000 manakala Da’i Pilihan Penonton akan menerima RM1,000.

Bagaimanap­un, bagi ketiga-tiga pemuda ini, bukan gelaran atau wang ringgit yang dikejar sebaliknya pengalaman yang ditimba sepanjang menyertai program ini lebih bernilai daripada apa yang ada.

Paling utama, penyertaan dalam program yang menampilka­n murshid terkenal iaitu Datuk

Mohd Zawawi Yusoh serta murabbi berpengala­man iaitu Ustaz Harryanto

Rizal Rokman dan Ustaz Fakhrul Radhi Khamarudin ini berupaya melahirkan mereka sebagai pendakwah muda berkaliber.

Da’i Adam berasal dari Ranau, Sabah ialah pelajar Ijazah Sarjana

Muda Dakwah dan Pengurusan Sumber Insan, Kolej Universiti Islam Antarabang­sa Selangor (KUIS).

Adam, seorang mualaf yang terbuka hati untuk memeluk Islam mengakui Da’i banyak membawa perubahan besar dalam hidupnya terutama dari sudut bacaan al-Quran dan hadis.

“Saya belajar bagaimana nak memahami al- Quran dan hadis serta cara mengaitkan­nya dengan sesuatu isu. Sebelum ini saya hanya dapat baca al-Quran tapi kurang pandai nak kaitkan dengan isu semasa.

“Sekarang, alhamdulil­lah saya makin mahir dalam perkara ini. Seterusnya saya belajar mengatasi perasaan gemuruh di atas pentas.

“Memang orang nampak saya seperti agak yakin di atas pentas tetapi di belakang pentas saya berjalan ke hulu ke hilir untuk meredakan tekanan,” katanya.

Adam berkata, dia juga gemuruh apabila mengikuti cabaran di luar pentas yang diadakan setiap minggu antaranya menyempurn­akan jenazah yang tidak dituntut.

“Saya tak pernah uruskan jenazah. Apabila dapat yang tak dituntut, bagaimana ia perlu disempurna­kan.

“Saya juga kena banyak berkomunik­asi dengan masyarakat,” katanya.

Secara jujurnya Adam mengakui tidak layak bercakap mengenai Islam kerana dia lebih cenderung berdakwah dengan cara turun padang, bukannya menerusi percakapan.

“Saya bukan orang yang banyak mulut. Penyertaan dalam Da’i 6 pun hanya kebetulan atas ajakan kawan.

 ??  ?? DARI kiri, Da'i Haziq, Da'i Imran dan Da'i Adam.
DARI kiri, Da'i Haziq, Da'i Imran dan Da'i Adam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia