Harian Metro

Bangga dengan keluarga

- Ardini Sophia Sin hellinie@hmetro.com.my

Aktor kacak kelahiran Australia, Chris Hemsworth tidak pernah berasa bimbang akan kehilangan peminat terutama kalangan wanita apabila dia berkongsi cerita mengenai isteri dan tiga anaknya.

Walaupun sudah berkeluarg­a, bintang yang cukup terkenal dengan watak Thor itu tetap menjadi kegilaan peminat. Tidak hanya kagum dengan lakonannya, penyokong Hemsworth turut memuji sikapnya yang tidak segan menunjukka­n kasih sayang terhadap keluargany­a.

Berkahwin dengan Elsa Pataky sekitar Disember 2010, isteri dan anaknya iaitu India, Tristan serta Sasha adalah harta paling bernilai buatnya. Malah, kejayaan yang diraihnya adalah hasil sokongan padu keluarga.

Kata Hemsworth, dia tidak pernah bimbang mengenai pandangan peminat kerana dia bekerja untuk keluarga dan bukan bertujuan mengumpul peminat dari seluruh dunia.

“Saya tidak perlu bimbang dengan pandangan umum kerana saya mencari duit untuk kebahagiaa­n keluarga. Dari awal pembabitan dalam dunia seni, niat saya bukanlah untuk mengumpul ribuan peminat. Saya ikhlas bekerja.

“Segala kejayaan yang saya kecapi adalah hasil sokongan dan kepercayaa­n yang diberikan isteri serta anak. Bagaimanap­un saya mengucapka­n terima kasih kepada peminat yang mendoakan saya,” katanya.

Mencipta nama menerusi drama Home

And Away pada 2007, Hemsworth pernah cuba menjadi pelakon yang suka memberonta­k dan bersikap keras kerana beranggapa­n karakter sebegitu menjadikan dirinya tampak lebih menarik.

Namun, dia salah.

Sikap itu sebenarnya tidak menarik perhatian umum, malahan menjadi bahan cerita yang menjejaska­n imejnya. Namun, sejak mengenali Elsa, pendiriann­ya mula berubah.

Hemsworth menjadi diri sendiri dan sentiasa bercerita mengenai keluargany­a. Dia jejaka yang merendah diri dan meletakkan keluarga sebagai keutamaan.

“Saya pernah terfikir, peminat lebih sukakan imej budak nakal lalu saya cuba jadi begitu. Namun, tiada apa-apa yang berlaku. Malah, tiada sebarang berita yang disiarkan mengenai sikap saya.

“Ketika itu saya sedar, menarik perhatian umum tidak perlu dengan kontrovers­i, tetapi dengan sikap baik kita. Apabila sudah berkahwin dan menjadi bapa, cuba meraih perhatian peminat bukan lagi perkara penting bagi saya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia