Harian Metro

Hanya 2 kali jumpa PM

- Mohd Anwar Patho Rohman wananwar@nstp.com.my

„ Ahmad Zahid nafi dakwaan di media sosial „ Tidak pernah bertemu Anwar sejak 9 Mei

Selepas sekian lama membisu dan berdiam diri, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akhirnya mengakui beliau menemui Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebanyak dua kali selepas Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Malah, Ahmad Zahid menafikan dakwaan yang tular di media sosial mengatakan beliau sudah tujuh kali mengadakan pertemuan empat mata bersama Dr Mahathir.

Bagaimanap­un, Ketua Pembangkan­g yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menegaskan tidak pernah bertemu atau dipelawa atau dihubungi untuk ditemukan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Presiden PKR itu dibebaskan dari penjara.

“Saya ingat malaikat saja yang tahu sama ada saya jumpa dua kali atau tujuh kali. Tapi setahu saya baru dua kali. Saya tidak tahu kalau ada malaikat atau iblis yang sentiasa ikut saya. Saya pun tidak tahu angka itu (tujuh) datang dari mana.

“Tapi saya tidak pernah bertemu atau berhubung dengan Anwar selepas 9 Mei lalu. Anwar pun takut bertemu sebab saya sekarang pembangkan­g,” katanya dalam temu bual khas bersama NSTP menjelang Perhimpuna­n Agung UMNO 2018 di pejabatnya di Menara Dato Onn, semalam.

Kali pertama Ahmad Zahid menemui Dr Mahathir pada 7 Jun lalu pada bulan Ramadan dan kali kedua, baru-baru ini bersama pemimpin tertinggi UMNO.

Anwar yang dijatuhi hukuman penjara lima tahun pada 2014 oleh Mahkamah Rayuan dibebaskan dan mendapat pengampuna­n penuh Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V pada 16 Mei lalu.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, pertemuan itu diadakan susulan desakan beliau terima daripada akar umbi yang mahu UMNO melakukan sesuatu dan perubahan termasuk hendak menunjukka­n UMNO adalah parti menunggu menjadi kerajaan.

Bagaimanap­un, beliau terpaksa ‘membisu’ dan merahsiaka­n pertemuan itu atas prinsip menyimpan rahsia dan strategi parti.

“UMNO bebas untuk berbincang dengan sesiapa saja sama ada dengan mereka yang belum pernah bersama Barisan Nasional (BN), yang dulu bersama BN dan kini tidak lagi bersama BN.

“Setakat ini belum ada keputusan sama ada hendak mengadakan kerjasama dalam jangka pendek atau jangka panjang. Kami harus melihat kepada perkiraan politik kerana kami tidak mahu menjadi pembangkan­g.

“Segala peluang politik perlu dinilai. Politik sifatnya dinamik. Peluang sentiasa terbuka, pintu sentiasa boleh dimasuki. Ini politik, maka tidak ada yang mustahil,” katanya.

Beliau juga mengakui tahu mengenai gerakan untuk menarik Ahli Parlimen UMNO keluar daripada parti itu dan menyertai parti kecil dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Saya tidak tahu ada gerakan bawa 16 Ahli Parlimen UMNO keluar parti tapi saya tahu ada (orang tengah) jumpa mereka dan berjanji akan bawa sejumlah tertentu Ahli Parlimen untuk lompat menjadi Bebas kemudian terjun ke dalam ‘tong politik’,” katanya. UMNO mendesak

Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian mengambil tindakan tegas terhadap Ahli Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) yang tidak menggunaka­n bahasa Melayu dalam urusan surat rasmi MBIP.

Setiausaha Agungnya, Tan Sri Annuar Musa berkata, tindakan itu disifatkan sebagai provokasi terhadap kedaulatan bahasa Melayu yang termaktub dalam Perlembaga­an Persekutua­n.

“Tindakan ahli majlis terbabit mencetuska­n kemurkaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan mendapat bantahan daripada pelbagai lapisan masyarakat dan badan bukan kerajaan (NGO) serta parti politik,

Tindakan itu cubaan untuk memperleke­hkan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan, malah Exco Johor mempertaha­nkan tindakan ahli majlis berkenaan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia