Harian Metro

Cemas van sekolah terbalik

- Mohd Azam Shah Yaacob mohdazam@nstp.com.my

Seramai 13 pelajar sekolah menengah dan seorang pemandu van wanita berdepan detik cemas apabila van sekolah dinaiki terbalik di tengah lebuh raya di Kilometer 7.8 Lebuhraya Guthrie di sini.

Dalam kejadian jam 6.40 pagi semalam, kemalangan mengakibat­kan lebuh raya mengalami kesesakan berikutan van berkenaan terbalik merentangi lebuh raya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Anggerik, Mohd Apandi Mahmood berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.41 pagi sebelum seramai tujuh anggota termasuk seorang pegawai operasi bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, sebaik tiba penumpang serta pemandu van sekolah terbabit sudah diselamatk­an orang ramai yang melalui lebuh raya itu.

“Kebanyakan penumpang membabitka­n pelajar sekolah menengah. Sebahagian mereka dibawa ke sekolah berikutan tidak mengalami kecederaan.

“Mangsa yang masih berada di lokasi ketika itu hanya seorang wanita iaitu pemandu van sekolah serta dua pelajar yang cedera,” katanya.

Mohd Apandi berkata, pemandu van sekolah itu yang

„ Dua daripada 13 pelajar cedera

mengalami kecederaan di tangan kanan serta dua penumpang yang cedera ringan diberi bantuan awal sebelum mereka dibawa ke hospital untuk rawatan.

Difahamkan, keadaan lalu lintas lebuh raya itu kembali lancar selepas van sekolah berkenaan dialihkan satu jam kemudian.

 ??  ?? KEMALANGAN van sekolah di KM 7.8 Lebuhraya
Guthrie Sek U8.
KEMALANGAN van sekolah di KM 7.8 Lebuhraya Guthrie Sek U8.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia