Harian Metro

4,000 barangan ‘ciplak’ dirampas

-

Kuala Lumpur: Jual beribu pasang kasut, kemeja T dan seluar sukan jenama terkemuka ‘ciplak’ melalui promosi harga runtuh di pusat beli-belah terkemuka sekitar ibu negara.

Ini antara taktik pihak yang dikesan menipu orang ramai dengan menjual produk sukan tiruan yang dijual pada harga diskaun sehingga 70 peratus.

Kegiatan itu bagaimanap­un berjaya dilumpuhka­n apabila lebih 4,000 pasang kasut, kemeja-T dan seluar sukan tiruan bernilai RM584,000 dirampas penguat kuasa Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kuala Lumpur hasil serbuan di sebuah setor di Taman OUG Parklane, Jalan Klang Lama, jam 12.45 tengah hari semalam.

Dalam serbuan dijalankan menerusi Op Barang Tiruan diketuai Ketua Unit Perihal Dagangan KPDNHEP Kuala Lumpur, Ahmad Wildan Mat Hussin itu, sebanyak 2,800 pasang kasut, 140 helai kemeja-T dan 340 helai seluar sukan menggunaka­n satu jenama sukan antarabang­sa serta dijual sebagai barang asli di beberapa pusat beli-belah sekitar Lembah Klang dirampas.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Kuala Lumpur, Low Swee Hon berkata, operasi berkenaan dijalankan hasil risikan dan intipan hampir tiga bulan dilakukan penguat kuasa KPDNHEP.

Katanya, semua barang tiruan itu dikesan dijual kepada pelanggan sebagai barangan asli menerusi promosi di ruang legar beberapa pusat beli-belah terkenal.

“Barangan

berkenaan diisytihar sebagai asli dan dijual pada harga mahal. Namun, bagi menarik pelanggan, syarikat itu memberi diskaun dan menjualnya pada harga antara RM290 hingga RM350 setiap satu.

“Malah, bagi mengelak dikesan, syarikat yang menjual barang itu lazimnya akan berpindah dari satu pusat beli-belah ke pusat beli-belah lain selepas tiga atau empat hari mengadakan promosi,” katanya ketika dihubungi semalam.

Low berkata, menerusi maklumat diterima daripada pemilik cap dagangan jenama berkenaan, KPDNHEP menjalanka­n intipan serta risikan hampir tiga bulan bagi mengenal pasti lokasi barangan berkenaan disimpan.

“Intipan dan risikan dilakukan sejak awal Julai lalu bagi mengesan di mana semua barang itu disembunyi­kan.

“Malah, semalam, selepas penguat kuasa berjaya mengesan setor berkenaan, seramai enam penguat kuasa KPDNHEP Kuala Lumpur terus membuat serbuan di situ dan merampas lebih 4,000 barangan tiruan,” katanya.

Menurut Low, semua barangan berkenaan dirampas mengikut Seksyen 8(2) Akta Perihal Dagangan 2011 kerana menjual atau membekalka­n barangan menggunaka­n cap dagangan palsu.

“Dalam serbuan itu juga, tiada tangkapan dilakukan kerana premis berkenaan dibiarkan kosong tanpa penjaga atau pekerja yang dipercayai melarikan diri lebih awal sebaik menyedari kehadiran penguat kuasa KPDNHEP,” katanya.

 ??  ?? PENGUATKUA­SA KPDNHEP Kuala Lumpur memeriksa barangan tiruan yang disimpan di stor di Taman OUG Parklane, Jalan Klang Lama
PENGUATKUA­SA KPDNHEP Kuala Lumpur memeriksa barangan tiruan yang disimpan di stor di Taman OUG Parklane, Jalan Klang Lama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia