Harian Metro

Lebih selesa

- Mohamad Zulhairie Manzaidi cnews@nstp.com.my

„ Sukarelawa­n JKM, Wanita PH gotong-royong bersih kediaman wanita sakit mental

Kediaman wanita dipercayai mengalami masalah mental yang hidup bersama timbunan sampah di Kampung Bendang Pak Yong di sini, sejak lebih 10 tahun lalu dibersihka­n, semalam.

Aktiviti gotong-royong di rumah Wan Hafsah Che Awan, 39, itu dianjurkan Wanita Pakatan Harapan (PH) Tumpat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah membabitka­n seramai 20 sukarelawa­n.

Ketua Wanita PH Tumpat, Nik Faizah Nik Othman berkata, gotong-royong membersihk­an rumah Wan Hafsah bermula jam 10 pagi dan selesai 12 tengah hari.

Menurutnya, kerja pembersiha­n dilakukan di sekitar pekarangan dan dalam rumah bagi memastikan tempat tinggal wanita terbabit bersih dan selesa.

“Selain itu, kami turut membekalka­n tilam dan bekalan air minuman bersih untuk keselesaan­nya tinggal di rumah terbabit,” katanya ketika ditemui di kediaman terbabit.

Menurutnya, pihaknya juga berusaha mendapatka­n taraf warganegar­a untuk wanita terbabit.

“Ketika ini, dia (Wan Hafsah) masih memegang taraf penduduk tetap walaupun tinggal di sini sejak dilahirkan lagi.

“Keadaan itu menyukarka­nnya untuk ditempatka­n di rumah kebajikan masyarakat.

“Saya berharap urusan ini berjalan lancar kerana adalah agak bahaya membiarkan Wan Hafsah tinggal seorang diri di sini,” katanya.

Semalam dilaporkan Wan Hafsah tinggal dalam timbunan sampah-sarap di rumahnya.

Dia tinggal seorang diri selepas kematian ibu dan bapa angkatnya 15 tahun lalu.

 ??  ?? SUKARELAWA­N JKM bersama Wan Hafsah selepas selesai program gotong-royong.
SUKARELAWA­N JKM bersama Wan Hafsah selepas selesai program gotong-royong.
 ??  ?? SUKARELAWA­N JKM bergotong-royong membersihk­an rumah Wan Hafsah di Kampung Bendang Pok Yong.
SUKARELAWA­N JKM bergotong-royong membersihk­an rumah Wan Hafsah di Kampung Bendang Pok Yong.
 ?? Nik Faizah Nik Othman ?? LAPORAN Harian Metro, semalam. Kami turut membekalka­n tilam dan bekalan air minuman bersih bagi untuk keselesaan­nya tinggal di rumah terbabit”
Nik Faizah Nik Othman LAPORAN Harian Metro, semalam. Kami turut membekalka­n tilam dan bekalan air minuman bersih bagi untuk keselesaan­nya tinggal di rumah terbabit”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia