Harian Metro

Setia di sisi suami hilang upaya

-

Kota Bharu: Setiap suami pasti mengimpika­n isteri yang bukan saja setia, malah mampu menjaga serta memberi semangat kepada mereka ketika berdepan waktu sukar atau ditimpa musibah.

Mohd Rosni Kamaludin, 33, bertuah kerana walaupun lumpuh dan hilang deria penglihata­n selepas menghidap penyakit buah pinggang kronik sejak dua tahun lalu, isterinya, Nor Maziah Mustapha, 29, tetap berada di sisinya.

Menurutnya, dia disahkan menghidap penyakit buah pinggang pada penghujung 2016 disebabkan tekanan darah tinggi sehingga sesak nafas.

Katanya, dia terpaksa menjalani rawatan dialisis tiga kali seminggu.

“Sebelum sakit, saya bekerja sebagai tukang rumah untuk menyara isteri dan anak tunggal kami, Mohd Amri, 7, yang kini belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Dato Hashim.

“Dengan pendapatan RM1,000 sebulan, ia cukup-cukup untuk menyara kami sekeluarga, namun kini tanggungja­wab ketua keluarga terpaksa digalas isteri selepas saya sakit dan tidak mampu bekerja.

“Saya bergantung sepenuhnya kepada isteri untuk bergerak menggunaka­n kerusi roda,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Landak di sini, semalam.

Sementara itu, Nor Maziah berkata, pada awal tahun ini suaminya sudah tidak dapat melihat, selain hilang upaya untuk berjalan.

“Dia perlu menjalani dialisis di Pusat Dialisis NKF di Jalan Sri Cemerlang, kos rawatan dibiayai sepenuhnya Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

“Setiap kali suami menjalani rawatan, saya perlu membahagik­an masa untuk bekerja dan menghantar­nya ke pusat rawatan dengan motosikal

“Walaupun suami mendapat bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM150 sebulan, saya terpaksa berjimat untuk perbelanja­an harian, persekolah­an anak serta bayaran bulanan sewa rumah,” katanya.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh menyalurka­nnya ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) di nombor 0301141000­069305 atas nama Mohd Rosni Kamaludin atau boleh menghubung­i Nor Maziah Mustapha di talian 014-2141263.

 ??  ?? NOR Maziah memapah suaminya yang menghidap sakit buat pinggang kronik.
NOR Maziah memapah suaminya yang menghidap sakit buat pinggang kronik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia