Harian Metro

80% TAK TERJUAL

- Mahanum Abdul Aziz mahanum_aziz@nstp.com.my

„ Ketidaksei­mbangan dalam pasaran hartanah terus berlarutan

Lebih 80 peratus unit kediaman tidak terjual pada akhir suku pertama 2018 adalah berharga melebihi RM250,000, kata Bank Negara Malaysia.

Perkembang­an itu menyaksika­n ketidaksei­mbangan dalam pasaran hartanah terus berlarutan, dengan bilangan unit rumah yang tidak terjual terus meningkat kepada kira-kira 146,196 unit pada akhir suku pertama tahun ini.

Katanya, lebihan bekalan ruang pejabat dan kompleks juga dijangka berterusan berikutan kadar kekosongan terus merosot lagi pada suku pertama 2018.

“Bagaimanap­un, permintaan yang berterusan untuk rumah mampu milik, khususnya daripada pembeli rumah pertama dan amalan taja jamin yang berhemat dalam pemberian pinjaman kepada pasaran hartanah dan sektor yang berkaitan dijangka dapat mengurangk­an risiko pembetulan harga secara meluas,” katanya dalam satu kenyataan. Mengenai hutang isi rumah, Bank Negara berkata, risiko daripada pendedahan sektor isi rumah terus diimbangi oleh taja jamin dan penilaian kemampuan pinjaman yang berhemat oleh institusi kewangan dan amalan pengurusan risiko yang mantap.

Ia berkata, pinjaman isi rumah baharu kekal berkualiti tinggi dengan kira-kira tiga perempat pinjaman baharu yang diluluskan adalah kepada peminjam dengan Nisbah Khidmat Hutang (DSR) kurang 60 peratus.

“Secara keseluruha­n, jumlah hutang isi rumah juga berada pada landasan yang lebih lestari berbanding pertumbuha­n pendapatan berikutan langkah pencegahan yang dilaksanak­an sejak 2010.

“Nisbah hutang isi rumah kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) terus sederhana dan kini berada pada paras 83.8 peratus pada suku kedua 2018 berbanding 84.2 peratus suku sama tahun lalu,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia