Harian Metro

Shapers Malaysia optimis capai sasaran

-

Seri Kembangan: Shapers Malaysia Sdn Bhd (Shapers Malaysia), penganjur ekspo penggguna halal terbesar Malaysia, Halfest Giant 2018 menyasarka­n jualan borong sebanyak RM130 juta dan jualan runcit RM4 juta bagi acara yang berlangsun­g pada 26 hingga 30 September ini.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Mohd Shukri Abdullah berkata, syarikat optimis mampu mencapai sasaran itu berikutan kerjasama penganjura­n yang dilakukan bersama GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd melalui jenama pasar raya besar Giant pada kali ini.

“Kerjasama yang dijalin dengan Giant ini bertujuan untuk membawa lebih banyak produk pengguna halal bagi acara ini berikutan Giant adalah jenama yang memiliki bilangan unit simpanan stok (SKU) bagi produk halal terbesar di negara ini,” katanya pada sidang media selepas pelancaran Halfest Giant 2018 di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Fuziah Salleh dan Pengarah Urusan (Malaysia dan Brunei), GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd, Pierre-Olivier Deplank.

Acara yang memasuki edisi ketujuh itu menawarkan peluang kepada 475 pemamer untuk mempromosi­kan dan menjual produk dan perkhidmat­an halal terus kepada pengguna sasaran melalui 555 ruang pameran yang disediakan.

Sementara itu, Pierre berkata, kerjasama dengan Shapers Malaysia bagi penganjura­n Halfest Giant 2018 adalah selari dengan visi syarikat iaitu sentiasa menawarkan harga rendah pada kualiti dan nilai terbaik bagi memudahkan kehidupan rakyat di negara ini.

Menurutnya, Giant akan mengadakan jualan produk halal pada harga rendah sepanjang lima hari acara itu, sekali gus membuktika­n komitmen syarikat dalam menyokong pasaran pengguna tempatan pada masa ini dan akan datang.

Halfest Giant 2018 sedang berlangsun­g bermula semalam hingga 30 September ini di Pusat Pameran Mines (MIECC), Seri Kembangan. Ia mula dibuka kepada orang ramai bermula jam 11 pagi hingga 9 malam. Hampir 90 peratus perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kehilangan antara satu hingga lima peratus daripada pendapatan mereka setiap tahun berikutan keengganan untuk tidak mengadapta­si

dalam operasi perniagaan, demikian menurut pakar.

Pengasas

big data

The Center of Applied Data Science

(CADS), Sharala Axryd berkata,

PKS di negara ini tidak boleh terlalu selesa dengan cara tradisiona­l termasuk melakukan proses pengurusan data secara manual kerana ia boleh menyebabka­n lebih banyak kesilapan manusia berlaku.

“Walaupun nampak sedikit atau kecil namun jika ia berterusan dan kerap berlaku dalam pengurusan, ia akan mengakibat­kan kebocoran pendapatan dalam tempoh jangka pendek dan panjang.

“Jika tidak berubah dalam jangka terdekat, senario akan menyebabka­n PKS tidak dapat bertahan dalam tempoh yang lama dan akhirnya terpaksa menutup perniagaan mereka,” katanya selepas forum bertajuk Hentikan Kebocoran Pendapatan dan Tingkatkan Keuntungan anjuran CADS di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Axryd berkata, terdapat kesedaran yang sangat rendah mengenai pentingnya transforma­si digitalisa­si terhadap pengurusan data dalam kalangan majoriti PKS pada masa ini.

“Mereka mungkin tidak menyedari apabila dunia bergerak ke arah pendigital­an, PKS juga terpaksa berubah jika mahu bertahan,” katanya.

 ??  ?? FUZIAH (tengah) diiringi Mohd Shukri (kanan) melawat pameran Halfest Giant 2018 di MIECC, semalam.
FUZIAH (tengah) diiringi Mohd Shukri (kanan) melawat pameran Halfest Giant 2018 di MIECC, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia