Harian Metro

Nama ‘Anus’ punca Facebook halang lelaki berkempen guna nama sendiri

-

Brussels: Seorang calon pilihan raya di Belgium dihalang daripada berkempen di Facebook dengan menggunaka­n nama sebenarnya kerana nama keluargany­a dianggap sebagai tidak sopan.

Luc Anus, 26, daripada Parti Sosialis bertanding sebagai calon ahli majlis di bandar Lobbes yang terletak di pinggir Charleroi di wilayah Wallonia, selatan Belgium.

Bagaimanap­un, untuk berkempen di Facebook dia terpaksa menukar namanya kepada Luc Anu selepas syarikat media sosial itu mengharamk­an nama keluargany­a kerana dianggap sebagai tidak sopan atau lucah.

“Facebook tidak dapat menerima nama saya,” katanya.

Sepanjang kempen itu, dia turut diejek kerana mempunyai nama yang unik.

Menurutnya, semua jenaka dan komen negatif berkaitan namanya itu langsung tidak memberi kesan padanya.

“Saya boleh menangani itu semua,” jelasnya.

Walaupun sering menjadi bahan jenaka, namun ramai yang mempertaha­nkan dan memberi sokongan kepada ahli politik itu.

“Kenapa dia perlu menukar nama keluargany­a. Kita patut bangga dengan nama keluarga kita,” kata seorang pengguna media sosial.

Daripada data terbaru daripada jabatan pendaftara­n awam Belgium, seramai 49 individu yang mempunyai nama Anus dan mereka semua menetap di Wallonia yang majoriti pendudukny­a berbahasa Perancis. - Agensi

 ??  ?? POSTER kempen Anus yang bertanding dalam pilihan raya tempatan di Belgium. - Agensi
POSTER kempen Anus yang bertanding dalam pilihan raya tempatan di Belgium. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia