Harian Metro

Usah jadi ‘pak turut’ Amerika

-

New York: Presiden Perancis Emmanuel Macron menggesa pemimpin dunia menolak undang-undang kuasa besar ketika membidas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang menggunaka­n pendekatan sesuka hati ketika menghadapi cabaran global.

Macron tidak menyebut nama Presiden Amerika itu, namun ucapannya di Perhimpuna­n Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggarisk­an beberapa perkara yang bertentang­an dengan pendirian Trump mengenai hal ehwal antarabang­sa.

“Ada yang mengikut undang-undang pihak paling berkuasa tetapi itu tidak melindungi sesiapa,” kata Macron yang memperakui sekali lagi pendiriann­ya menyokong kuat dasar ‘multilater­al’ yang diwakili badan dunia dan usaha damainya di seluruh dunia.

Berbeza dengan Trump yang berucap lebih awal, yang berikrar beliau tidak akan menyerah kedaulatan Amerika kepada birokrasi global yang tidak dipilih rakyat, tiada akauntabil­iti selain menolak ‘ideologi globalisme.’

Sejak Trump berkuasa tahun lalu, Amerika menarik diri daripada perjanjian nuklear dengan Iran dan perjanjian alam sekitar Paris, dua perjanjian yang mendapat sokongan Perancis.

Ketika mempertaha­nkan perjanjian nuklear Iran, Macron menggesa dialog dengan Teheran, sekali lagi bertentang­an dengan pendirian Amerika yang beberapa jam sebelum itu meminta pemimpin dunia memulaukan Iran.

“Apakah penyelesai­an terbaik kepada keadaan di Iran dan apakah yang menyebabka­nnya stabil? Undang-undang pihak yang paling berkuasa? Beri tekanan kepada satu pihak? Tidak!” kata Macron.

Macron juga merujuk kepada peningkata­n ketidaksei­mbangan ekonomi sebagai antara faktor punca krisis dunia dengan 783 juta orang hidup di bawah paras kemiskinan, manakala 250 juta kanak-kanak tidak bersekolah.

Merujuk kepada konflik Israel-Palestin, beliau berkata, tiada jalan lain yang lebih baik daripada mewujudkan dua negara bagi menyelesai­kan isu itu serta menyifatka­n Trump mengancam proses damai dengan mengumumka­n Baitulmaqd­is sebagai ibu negara Israel.

 ??  ?? MACRON
MACRON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia