Harian Metro

Misil canggih lindungi Syria

„ Sistem peluru berpandu darat ke udara S-300 akan dipasang di Syria bersama sistem pemegun radar berteknolo­gi terkini

- AFP

Syria akan mendapat sistem pertahanan udara canggih berikutan kejadian pesawat peninjau Russia ditembak jatuh minggu lalu.

Atas arahan Presiden Russia Vladimir Putin, sistem peluru berpandu darat ke udara S-300 akan dipasang di Syria bersama sistem pemegun radar berteknolo­gi terkini.

Langkah meningkatk­an sistem pertahanan di Syria itu dilakukan selepas sistem peluru berpandu S-200 era Soviet Union tersilap menembak jatuh pesawat peninjau tentera Russia, menyebabka­n 15 terbunuh. Russia menyalahka­n Israel sebagai punca kejadian.

“Kejadian itu mendorong kami mengambil langkah sewajarnya, termasuk meningkatk­an keselamata­n tentera Russia di Syria.

“Russia akan membekalka­n sistem pertahanan udara moden S-300 kepada tentera Syria dalam masa dua minggu,” kata Menteri Pertahanan Sergei Shoigu.

Menurutnya, Putin dan Presiden Syria, Bashar al-Assad, membincang­kan isu berkenaan melalui telefon Isnin lalu.

Sistem peluru berpandu S-300 itu sepatutnya dibekalkan kepada Syria pada 2013, namun Russia menangguhk­annya atas permintaan Israel.

S-300 lebih berkesan berbanding sistem pertahanan udara Syria sekarang dan ia bukan saja boleh memintas pesawat, malah juga boleh melancarka­n peluru berpandu bumi ke bumi, malah peluru berpandu ‘cruise’ yang jarak capaiannya lebih 150 kilometer.

Dalam kejadian 17 September lalu, Russia menuduh jet F-16 Israel berlindung di sebalik pesawat peninjau Ilyushin Il-20 berkenaan yang hendak mendarat di Latakia ketika menyerang kemudahan tentera Syria di bandar itu menyebabka­n ia terkena tembakan peluru berpandu pertahanan Syria.

Menurut Russia, Israel memberitah­u mengenai serangan itu terlalu lewat, seminit sebelum serangan dilancarka­n selain memberi lokasi sasaran yang salah.

Sejak 18 bulan lalu, Israel melancarka­n lebih 200 serangan di Syria, menyasarka­n apa yang didakwanya penghantar­an senjata oleh Iran kepada Hizbullah di Lubnan.

 ??  ?? RUSSIA akan membekalka­n sistem pertahanan udara peluru berpandu S-300 kepada tentera Syria dalam tempoh dua minggu. - Agensi
RUSSIA akan membekalka­n sistem pertahanan udara peluru berpandu S-300 kepada tentera Syria dalam tempoh dua minggu. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia