Harian Metro

Kisah selamatkan empat dewasa tidak pernah diceritaka­n

-

Bangkok: Dua penyelam Britain yang terbabit dalam operasi menyelamat 12 remaja pemain bola sepak yang terkandas dalam gua akibat banjir di utara Thailand Jun lalu, sebenarnya turut menyelamat­kan sekumpulan empat dewasa yang cuba mencari kanak-kanak terbabit.

Pada hari kesembilan operasi mencari, penyelam Britain Rick Stanton dan John Volanthen menemui remaja terbabit bersama jurulatih mereka yang masih hidup dengan minum air hujan mengalir di celah batu. Mereka diselamatk­an dengan ditidurkan ketika selaman dan dibawa ke mulut gua seminggu kemudian.

Namun, beberapa hari sebelum itu, penyelam terbabit menemui empat penduduk Thailand yang turut terperangk­ap di satu bahagian kompleks gua berkenaan ketika mencari kanak-kanak itu.

Ketika satu majlis komuniti gua ‘Hidden Earth’ di Somerset, Britain, minggu ini, Stanton berkata, dia terserempa­k dengan empat pekerja syarikat air Thailand itu pada 28 Jun.

Menurut laman web Darkness Below yang menyiarkan ringkasan kisah disampaika­n Stanton itu, mereka sudah 24 jam terperangk­ap dengan air semakin naik.

Stanton dan Volanthen tiada kelengkapa­n selaman tambahan lalu memutuskan membawa keluar mangsa seorang demi seorang menggunaka­n kelengkapa­n selaman seorang daripada mereka.

Pihak berkuasa bagaimanap­un tidak mengumumka­n kejadian itu kepada awam atau media.

“Kisah mereka menyelamat­kan empat dewasa itu hebat, namun ia tidak pernah disiarkan dalam media,” kata Pengerusi Persatuan Jelajah Gua Britain Les Williams.

 ??  ?? PENYELAM Britain Rick Stanton (kanan) dan John Volanthen (kiri) ketika operasi menyelamat dalam gua di utara Thailand, Jun lalu. - Agensi
PENYELAM Britain Rick Stanton (kanan) dan John Volanthen (kiri) ketika operasi menyelamat dalam gua di utara Thailand, Jun lalu. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia