Harian Metro

Hitler lawan Lennin di Peru

- Agensi

„ Persaingan antara dua ahli politik untuk merebut jawatan datuk bandar Yungar

Pilihan raya bagi memilih jawatan datuk bandar di sebuah bandar kecil di Peru menyaksika­n pertembung­an sengit antara Hitler dan lawannya, Lennin.

Bagaimanap­un, persaingan kali ini bukan peperangan antara pemerintah Nazi, Adolf

Hitler dan pemimpin Russia, Vladimir Lenin dalam Perang Dunia Kedua.

Persaingan itu sebenarnya antara dua ahli politik, Hitler Alba Sanchez dan Lennin Vladimir Rodriguez Valverde untuk merebut jawatan datuk bandar Yungar, sebuah bandar kecil di daerah Carhuaz, barat Peru.

Hitler yang menyandang jawatan datuk bandar dari 2011 hingga 2014, kini mahu bertanding semula dengan slogan ‘Saya Hitler yang Baik’ dan ‘Hitler kembali’.

Ahli politik itu menegaskan bahawa dia menolak perjuangan pemimpin Nazi berkenaan dan berkata, dia bertanding sekali lagi kerana mahu pentadbira­n Yungar yang adil serta telus.

Katanya, bapanya tidak mengenali siapa Adolf Hitler ketika menamakann­ya dan memilih nama itu kerana ia kedengaran seperti ‘nama asing’.

Seorang penduduk di daerah bersebelah­an, Lennin Vladimir Rodriguez Valverde turut mengumumka­n bertanding dalam pilihan raya yang berlangsun­g pada 7 Oktober depan sekali gus menjadi pencabar utama Hitler.

Di Peru dan kebanyakan tempat di Amerika Latin, ibu bapa sering memilih nama asing dan nama pertama yang jarang didengari untuk anak mereka walaupun ia mempunyai makna atau kaitan yang negatif.

 ??  ?? HITLER Alba Sanchez yang menjadi calon datuk bandar Yungar dalam pilihan raya tempatan pada Oktober depan. - Agensi
HITLER Alba Sanchez yang menjadi calon datuk bandar Yungar dalam pilihan raya tempatan pada Oktober depan. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia