Harian Metro

CALON PALING LAYAK

- Jumiati Rosly jumiati@nstp.com.my

„ Tony Fernandes dilantik Pengerusi PSM baharu

Pencapaian dan pengalaman tokoh korporat, Tan Sri Tony Fernandes membolehka­n beliau dipilih bagi mengisi kekosongan jawatan Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) yang baharu berkuat kuasa semalam.

“Pembabitan serta kejayaan beliau dalam bidang komersial, termasuk industri penerbanga­n (AirAsia), hiburan (Warner Music), perhotelan (Tune Hotels) dan penyiaran (The Apprentice Asia) adalah sebahagian daripada pencapaian beliau yang membanggak­an, menjadikan beliau sebagai calon terbaik untuk memegang jawatan ini.

“Bakat keusahawan­an, kreativiti dan kepimpinan beliau ternyata terserlah dan ini dapat dilihat melalui anugerah yang diraih beliau termasuk dan

menurut kenyataan yang dikeluarka­n pejabat Menteri Belia dan Sukan, semalam.

Tony bertanggun­gjawab melakukan penambahba­ikan struktur dan operasi PSM serta memulihkan keadaan kewangan semasa perbadanan berkenaan yang kini mengalami kerugian sebanyak RM11 juta.

“Pelantikan beliau diharap dapat memajukan serta merancakka­n lagi aktiviti belia, sukan, rekreasi dan hiburan yang membabitka­n pelbagai aset di bawah PSM secara meluas, bukan saja dari segi penjanaan pulangan ekonomi yang baik kepada negara, malah dapat merealisas­ikan hasrat Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) untuk membentuk budaya aktif dan sihat dalam kalangan rakyat Malaysia, khususnya belia,” menurut kenyataan itu lagi.

Nama Tony dalam bidang sukan juga bukan asing apabila beliau menjadi individu yang memiliki sebahagian daripada saham kelab yang pernah beraksi dalam Liga Perdana Inggeris iaitu Queens Park Rangers (QPR) selain pengasas pasukan Formula 1, Caterham F1 Team.

“Beliau mahir mengenai selok-belok pembanguna­n dan promosi sukan bertaraf antarabang­sa. Penajaan AirAsia dalam aktiviti sukan tanah air seperti Akademi Badminton AirAsia serta pertanding­an e-sports juga bukti beliau mempunyai minat mendalam untuk menaikkan mutu sukan negara.”

Bulan lalu, 11 ahli lembaga pengarah lantikan politik di bawah KBS ditamatkan perkhidmat­an termasuk pengerusi PSM sebelum ini, Datuk

Rozabil

Abdul

Rahman.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia