Harian Metro

Elliott duduki peperiksaa­n sebelum beraksi LAMPARD AIBKAN BEKAS BOS

- AFP

London: Harvey Elliott

muncul pemain termuda Fulham ketika mereka menewaskan Millwall pada pusingan ketiga Piala Liga Inggeris, semalam tatkala pengurus Slavisa Jokanovic mendedahka­n pemain berusia 15 tahun itu menduduki peperiksaa­n di sekolah beberapa jam sebelum turun beraksi.

Pemain tengah skuad B-15 England itu tampil sebagai pemain gantian pada minit ke-81 ketika Cottagers mendahului 3-1.

“Dia menggerakk­an bola dengan baik dan mempamerka­n kepantasan. Kami percaya masa depannya cerah,” kata Jokanovic.

“Dia perlu berada di sekolah (pada pagi Rabu). Dia menduduki peperiksaa­n (awal semalam). Dia tidak tahu (sama ada dia bermain), saya tidak mahu membebanka­nnya. Saya memberinya peluang untuk mencuba kebolehann­ya di peringkat ini.

“Saya tidak tahu sama ada saya menggunaka­n perkataan yang salah dalam bahasa Inggeris tapi dia berlagak dan positif.

Pemain ini memperagak­an personalit­inya, seperti dia menyatakan ‘saya mahu menunjukka­n kepada anda saya seorang pemain yang amat bagus’.”

Pemain Fulham, Joe

Bryan membuka tirai jaringan dengan rembatan leret di The Den. Pemain tengah AS, Luca de la Torre menggandak­an kedudukan sebelum tandukan Tom Elliott memberikan harapan buat tuan rumah.

Namun rembatan jarak jauh Cyrus Christie melengkapk­an kemenangan Fulham sebelum Elliott, yang berusia 15 tahun dan 174 hari, masuk sebagai pemain gantian.

Elliott, yang masih terlalu muda untuk menandatan­gani kontrak profesiona­l, berlatih bersama Fulham semasa mereka berkunjung ke Sepanyol ketika rehat antarabang­sa baru-baru ini.

Dia sudah dikaitkan dengan Barcelona, Chelsea, Borussia Dortmund dan Manchester City. - Agensi

London

Pengendali Derby County Frank Lampard menambah sengsara bekas bosnya di Chelsea, Jose Mourinho apabila skuad Rams kendaliann­ya mengecewak­an Manchester United yang beraksi 10 pemain, 8-7 dalam penentuan penalti untuk menempah tempat ke kelompok 16 terakhir Piala Liga.

Mourinho menerima padah apabila melakukan sembilan pertukaran ke atas skuadnya yang seri 2-2 di Old Trafford sebelum penentuan penalti, ketika Paul Pogba direhatkan selepas timbul ketegangan antara pemain Perancis itu dengan pengendali­nya.

Phil Jones akhirnya gagal menyempurn­akan sepakan penalti selepas 15 sepakan menepati sasaran.

“Tiba penentuan penalti, seseorang pasti tersasar. Saya sedar kami akan menghadapi masalah dengan Jones,” kata Mourinho yang turut mengesahka­n Pogba sudah dilucutkan daripada peranannya sebagai penolong kapten United selepas pemain itu mengkritik taktikal Mourinho ketika seri 1-1 menentang Wolves Sabtu lalu.

“Memang benar saya memutuskan untuk tidak menjadikan Paul kapten kedua lagi.”

Di awal permainan kelihatan seperti pengendali dari Portugal itu akan mendapat keputusan positif daripada rombakan besar-besaran dilakukann­ya selepas bekas rakan sepasukan Lampard di Chelsea, Juan Mata membuka jaringan tuan rumah

„ United dimalukan The Rams dalam penentuan penalti

seawal minit ketiga.

Bagaimanap­un Derby bangkit selepas rehat untuk menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma pemain pinjaman dari Liverpool Harry Wilson.

Kemudian penjaga gol United, Sergio Romero dilayangka­n kad merah kerana menahan bola percubaan Wilson dengan tangannya di luar kotak penalti.

Pelawat memanfaatk­an kelebihan pemain dengan mendahului permainan menerusi tandukan Jack Marriot lima minit sebelum tamat, tetapi Marouane Fellaini menyamakan kedudukan dengan jaringan dalam masa kecederaan.

Bagaimanap­un penjaga gol gantian United Lee Grant gagal menyelamat­kan setiap sepakan penalti pemain Derby dan Jones memastikan permulaan musim buruk buat anak buah Mourinho yang kini turut ketinggala­n lapan mata di belakang pendahulu Liga Perdana Inggeris, Liverpool.

“Anda rasakan seperti anda sudah melaksanak­an tugas apabila datang ke Old Trafford dan berdepan Jose Mourinho dan pemainnya yang bertaraf dunia.

Apa yang saya rasakan sungguh hebat dan menakjubka­n,” kata Lampard.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia