Harian Metro

Kembali di landasan

- AFP

„ Atletico akhirnya temui rentak selepas tewaskan pendatang baharu, Huesca

Atletico Madrid akhirnya menemui rentak dalam saingan La Liga menjelang pertemuan penting dengan Real Madrid, selepas pasukan itu memperoleh kemenangan 3-0 ke atas pendatang baharu liga utama berkenaan, Huesca.

Jika dua minggu lalu, Atletico berada tujuh mata di belakang Barcelona, kini semuanya berubah buat pasukan bimbingan Diego Simeone yang kembali di landasan selepas mencatat tiga mata.

Ia adalah kemenangan rutin di Wanda Metropolit­ano, di mana Antoine Griezmann menjaringk­an gol pada babak pertama dan kemudian Thomas Partey

(gambar)

serta Koke menambah gol kedua dan ketiga bagi membantu Atletico mendaki ke tangga ketiga liga. Huesca tercicir ke tangga ke-18 liga.

“Pasukan ini kini semakin baik pada setiap perlawanan,” kata Simeone. “Ketika perlawanan menentang Monaco adalah bagus,

Getafe lebih bagus dan hari ini dengan persembaha­n mantap di babak pertama membolehka­n kami menjimatka­n tenaga.”

Griezmann dan Diego Costa dikeluarka­n ketika permainan berbaki setengah jam – senario yang diimpikan Simeone, terutama dengan Real Madrid mempunyai tempoh rehat kurang sehari menjelang perlawanan penting Sabtu ini di Santiago Bernabeu.

Nasib Huesca dalam kemunculan sulungnya di kancah liga tertinggi Sepanyol itu akan diputuskan pada perlawanan menentang pasukan di bawah Atletico, atau mungkin di laman sendiri memandangk­an Estadio El Alcoraz hanya boleh mememuatka­n 7,000 penonton.

Ketika Atletico menjulang La Liga empat tahun lalu, Huesca menamatkan saingan di tempat ketujuh dalam Kumpulan Dua Segunda B, liga divisyen tiga

Sepanyol.

 ??  ?? GRIEZMANN (kiri) dikeluarka­n ketika permainan berbaki setengah jam.
GRIEZMANN (kiri) dikeluarka­n ketika permainan berbaki setengah jam.
 ??  ?? PEMAIN Atletico meraikan gol kedua dijaringka­n Partey.
PEMAIN Atletico meraikan gol kedua dijaringka­n Partey.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia