Harian Metro

KEPDA yakin Azraai mampu ‘bimbing’ Lang Merah

- Izzali Ismail sukanteam@nstp.com.my

Alor Setar: Kelab Penyokong Kedah Darul Aman (KEPDA) yakin Azraai Khor Abdullah yang muncul watak penting apabila Kedah muncul juara berganda pada 2007 dan 2008 mampu menjadi calon terbaik jawatan ketua jurulatih pasukan itu musim depan.

Melihat kepada perkembang­an pemilihan ketua jurulatih yang difahamkan ditentukan pada 8 Oktober depan, KEPDA bagaimanap­un meletakkan keputusan penuh kepada Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) bagi memilih dan menentukan calon berwibawa mengisi kekosongan pengendali utama skuad Lang Merah itu.

Presiden KEPDA, Nor Hasmadi Hamzah berkata, jurulatih tempatan itu boleh menjadi calon terbaik malah diyakini mampu membawa perubahan besar bagi membentuk pasukan baharu yang lebih mantap

(gambar)

dalam usaha melonjak Kedah kembali ke era kegemilang­an.

“Terpulangl­ah kepada KFA. Kami sekadar melontarka­n pandangan ikhlas dan kami rasa Azraai kini amat sesuai.

“Kami tidak menafikan keupayaan jurulatih luar namun Azraai juga sudah berkemampu­an dan layak diangkat sebagai calon yang tepat dan kami yakin Azraai mampu membawa sinar baharu buat Kedah.

“Kami juga sedar KFA mahu berjimat cermat dalam perbelanja­an musim depan dan antara jalan terbaik adalah dengan melantik jurulatih tempatan seperti yang kami cadangkan ini. Tambahan pula Azraai anak jati Kedah dan banyak kos boleh dijimatkan.

“Selain Azraai, ketua jurulatih bawah 21 tahun, Victor Andrag yang mengemudi skuad Piala Presiden dan SUKMA Kedah ke final baru-baru ini juga mampu menjadi gandingan terbaik Azraai bagi mengendali­kan pasukan.”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia