Harian Metro

‘Kalau dapat tawaran pi la...’

- Rodly Fadly sukantean@nstp.com.my

„ Azraai Khor alu-alukan perpindaha­n Akhyar ke JDT, ketepi sentimen kenegerian

Bekas jurulatih Kedah, Azraai Khor Abdullah mengalu-alukan perpindaha­n Akhyar Rashid ke Johor Darul Ta;zim (JDT) dan menganggap pemain muda itu perlu mengetepik­an sebarang sentimen bersifat kenegerian.

“Kalau dapat tawaran, pi la (pergilah),” katanya ketika diminta mengulas spekulasi membabitka­n pemain muda Lang Merah itu.

Beliau berkata, peluang sebegitu tidak patut dilepaskan Akhyar kerana ia bukan saja menjamin masa depan, malah tindakan itu juga akan memperting­katkan lagi prestasi permainann­ya.

“Dalam era profesiona­l, sentimen kenegerian kena tolak tepi. Ia bukan bermakna kita tidak setia, tamak atau bersifat kebendaan, tapi hakikatnya itulah kehidupan pemain bola sepak kerana ia adalah pekerjaan mereka.

“Saya percaya, kalau betul Akhyar menyertai JDT, sudah tentu tawarannya tinggi dan tidak mampu disaingi Kedah. Nasihat saya kepada Akhyar, kalau betul, terimalah (tawaran itu).

“Lagipun saya yakin permainan Akhyar akan lebih meningkat jika dia menyertai JDT kerana rekod Harimau Selatan itu sejak lima musim lalu sudah membuktika­n mereka pasukan terbaik dalam liga kita.

“Apabila anda bermain dengan pasukan yang bagus dan bersaing dengan pemain yang berkualiti, dengan sendiri ia mampu membantu meningkatk­an prestasi anda,” kata Azraai.

Bekas jurulatih skuad Harimau Muda itu menjadikan Safawi Rasid sebagai rujukan sambil menafikan momokan sesetengah pihak bakat Akhyar akan tenggelam jika menyertai JDT kerana mungkin diperap di bangku simpanan.

“Safawi contoh terbaik. Dia membuktika­n pemain tempatan mampu bersaing dan menempatka­n diri dalam kesebelasa­n utama walaupun pasukan itu dipenuhi pemain berstatus bintang dan import.

“Pokoknya, berjaya atau tidak seseorang pemain terletak kepada diri sendiri. Apatah lagi, jika Akhyar menyertai JDT, ia gandingan yang sangat serasi dengan Safawi seperti ditunjukka­n ketika bermain untuk skuad kebangsaan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? AKHYAR
AKHYAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia