Harian Metro

Puji semangat anak buah

- Azizan Hashim sukanteam@nstp.com.my

Jurulatih PKNS FC, Datuk K Rajagobal jelas lega dengan kejayaan anak buahnya mengikat Perak dalam perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia tetapi sedar pasukannya itu masih belum selamat.

Ini kerana keputusan 0-0 di Stadium Perak kelmarin tidak memberi banyak kelebihan kepada Semut Merah apabila kedua-dua pasukan bertemu semula dalam aksi timbal balik di Stadium Shah Alam, Ahad ini.

“Memang satu keputusan yang baik tetapi kami juga belum selamat kerana apa saja boleh berlaku dalam pertembung­an kedua.

“Dalam pertanding­an kalah mati seperti ini, kami tidak boleh melakukan sebarang kesilapan,” katanya.

Apapun, Rajagobal memuji persembaha­n anak buahnya walaupun turun tanpa tonggak, Faris Ramli dan Bruno Matos kerana masalah kecederaan hingga menjejaska­n jentera serangan pasukan.

“Memang kami kurang mencipta peluang menjaringk­an gol tetapi pemain mengikut disiplin taktikal dan kesungguha­n tinggi,” katanya.

Sementara itu, jurulatih Perak, Mehmet Durakovic berkata, anak buahnya masih mempunyai baki 90 minit untuk melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia.

“Pemain sudah mencuba tetapi apakan daya malam ini bukan milik kami. Kami mengasak ke kubu lawan tetapi gagal mendapatka­n gol yang diperlukan,” katanya.

Durakovic berkata, pemain PKNS FC berjaya mempertaha­nkan kubu mereka dengan baik.

“Apapun kami masih ada 90 minit. Mungkin nasib kami lebih baik di Shah Alam. Kita lihat nanti bagaimana,” katanya.

„ Keputusan seri PKNS tepis kelebihan Semut Merah dalam aksi timbal balik Ahad ini

 ??  ?? BRUNO
FARIS
RAJAGOBAL
BRUNO FARIS RAJAGOBAL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia