Harian Metro

52 majikan kena kompaun

- Poliana Ronnie Sidom poliana@nstp.com.my

„ Gagal patuhi peraturan PERKESO demi kebajikan pekerja

Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) Sabah mengingatk­an majikan di negeri ini sentiasa mematuhi peraturan bagi menjamin keselamata­n sosial pekerja.

Pengarah PERKESO Sabah, Dr Mohd Ali Hindia berkata, sehingga Jun tahun ini, 52 kes dicatatkan dan dikenakan kompaun berhubung kegagalan majikan mematuhi Akta Keselamata­n Sosial Pekerja 1969.

Antara kesalahan utama ialah lewat melapor kemalangan, tidak mendaftar pekerja dan tidak mencarumka­n pekerja.

Katanya, kebanyakan majikan membabitka­n industri kecil dan sederhana, kontraktor serta kedai runcit yang hanya menggaji seorang pekerja dan gagal mendaftark­an pekerja dalam tempoh 48 jam selepas diambil bekerja.

“PERKESO bukanlah bertujuan memberi hukuman kepada majikan, sebaliknya memberi kesedaran kepada majikan supaya mematuhi akta sedia ada demi kebaikan pekerja.

“Apabila pekerja didaftar dan dicarumkan, ia memudahkan kita membantu sekiranya mereka kehilangan pekerjaan, kemalangan, kematian atau menghidap penyakit kronik,” katanya kepada media selepas Program Libat Urus Seminar Bersama Pemimpin Masyarakat PERKESO di sini, semalam.

Turut hadir, Pengurus PERKESO Sandakan, Mariam Hassan dan Yang Dipertua Pertubuhan Perniagaan dan Pembanguna­n Usahawan Bumiputera Sandakan (DPPUBS), Zulkifili Joseph Teo.

Seminar itu yang dihadiri pemimpin masyarakat dirasmikan oleh Setiausaha Sulit kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang), Mohd Hanafiah Sahih Montoi.

Mohd Ali berkata, tahun lalu, PERKESO sudah membayar faedah kepada 2,591 orang di negeri ini membabitka­n kos sebanyak RM13.5 juta.

Ia merangkumi semua jenis faedah termasuk faedah perubatan, bayaran ganti belanja, hilang upaya sementara, hilang upaya kekal dan orang tanggungan pencen ilat.

Mengenai program itu, beliau berkata, ia antara langkah memberi kesedaran mengenai kepentinga­n mematuhi akta selain mewujudkan kerjasama dengan pemimpin masyarakat untuk mengesan waris mangsa kemalangan atau penghidap sakit kronik yang layak dibantu.

 ??  ?? DR Mohd Ali (tiga dari kiri) menyaksika­n majlis penyerahan cek kepada penerima faedah, semalam.
DR Mohd Ali (tiga dari kiri) menyaksika­n majlis penyerahan cek kepada penerima faedah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia