Harian Metro

Pelajar didedah ilmu syair

-

Seramai 43 peserta terdiri daripada murid dan pelajar serta 15 guru diberi pendedahan mengenai puisi tradisiona­l atau syair sempena Bengkel Syair Kreatif Peringkat Negeri Sabah, baru-baru ini.

Bengkel anjuran bersama Sekolah Kebangsaan (SK) Kauluan dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sabah itu bertujuan memberi pendedahan mengenai syair di peringkat sekolah rendah serta menengah.

Pembimbing dan pakar syair Sabah, Noor Aisyah Maidin berkata, kebanyakan murid dan pelajar di Sabah yang menyertai pertanding­an agak kurang kemahiran dari segi teknik mendendang­kan syair.

“Melalui bengkel sebegini, saya membimbing dan memberi pendedahan asas syair, pelbagai irama dan penciptaan lirik di peringkat akar umbi di samping mengasah bakat terpendam dalam kalangan murid dan pelajar.

“Selain itu, saya membimbing guru khususnya guru Bahasa Melayu agar ilmu syair dikongsi dalam bengkel ini boleh mereka gunakan untuk membimbing murid serta pelajar mereka pula,” katanya kepada NSTP.

Guru Besar SK Kauluan, Ramlee Ambu berkata, bengkel terbabit amat baik bagi menjaga dan mengekalka­n warisan seni puisi tradisiona­l.

“Program sebegini sangat baik untuk pendedahan seni warisan bangsa kita kepada murid dan pelajar agar tidak luput ditelan zaman,” katanya.

Bengkel di Pusat Latihan Islam Kundasang disertai murid dari Ranau, Sandakan, Beluran, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kunak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia