Harian Metro

Syarat usia muda berkahwin jejas proses bina personalit­i diri

-

Kota Kinabalu: Usia 14 hingga 17 tahun adalah peringkat umur kritikal untuk remaja membina personalit­i diri.

Daripada aspek psikologi, sekiranya berkahwin pada usia semuda itu, ia dilihat menjejaska­n peluang mereka menikmati tempoh berkenaan untuk membina konsep kendiri.

Pengarah Universiti Malaysia Sabah (UMS) Kampus Antarabang­sa Labuan Prof Madya Dr Murnizam Halik berkata, peringkat usia ini tempoh yang penting kepada remaja membina personalit­i diri, mencari identiti dan keyakinan diri.

“Dalam aspek psikologi, jika mereka berkahwin atau dikahwinka­n dalam lingkungan usia itu, mereka seolah-olah dinafikan masa remaja dan tidak berpeluang mengecapi pengalaman kehidupan pada peringkat usia berkenaan. Asas pengalaman sebagai remaja tidak ada,” katanya yang juga pakar psikologi kepada NSTP, semalam.

Dr Murnizam berkata, jika remaja berkahwin atau dikahwinka­n pada usia itu, mungkin mereka akan dipengaruh­i oleh suami dan persekitar­an berbeza daripada alam remaja yang normal.

“Kesan psikologi terhadap remaja itu akan menjurus kepada aspek negatif jika berlaku perceraian pada usia muda kerana mereka kurang dalam aspek pendidikan dan personalit­i diri.

“Asas sebagai remaja tiada malah mereka tiada pengalaman seperti memberonta­k apabila dilarang oleh ibu bapa, nilai perhubunga­n dalam kumpulan umur yang sama dalam pergaulan dan paling penting, pengajaran daripada membuat kesilapan yang lazim dalam kalangan remaja.

“Ini akan memberi kesan pada masa depan apabila mereka berdepan dengan anak sendiri pada usia 14 hingga 17 tahun. Kita bimbang mereka tidak dapat tangani apa juga masalah anak pada usia itu kerana tidak mengalamin­ya suatu masa lalu,” katanya.

Bagaimanap­un, Dr Murnizam berkata, hak mereka untuk berkahwin atau dikahwinka­n tidak boleh dihalang khususnya dalam hukum syarak. Cuma apa yang dibimbangi jika perbezaan usia antara gadis itu dengan pasanganny­a lebih 20 atau 30 tahun.

“Jika tiada had atau batasan, kita bimbang orang yang lebih berumur ini akan ambil kesempatan pada remaja berkenaan termasuk dieksploit­asi orang luar,” katanya.

 ??  ?? DR Murnizam
DR Murnizam

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia