Harian Metro

Melacur bayar bil perubatan anak

-

Warga Filipina yang dipenjara dua bulan dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam kerana terbabit dalam aktiviti pelacuran, mendakwa melakukan perbuatan itu kerana perlu membayar bil perubatan anaknya.

Ancheta Lovely Rose, 30, mengaku bersalah di hadapan Majistret Afiq Agoes atas pertuduhan mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh terbabit dalam aktiviti pelacuran di Jalan Masjid Lama di sini dan dibayar RM350 daripada pelanggan yang mendapatka­n khidmatnya.

Wanita itu yang mempunyai pasport sah dan berada di Sabah sejak tujuh bulan lalu tidak diwakili peguam manakala pendakwaan kes dikendalik­an Inspektor Nur Hidayah Mahzan.

Dalam rayuannya, tertuduh yang tidak dapat menahan kesedihan meminta hukuman dikurangka­n dan mendakwa perlu menanggung anaknya yang sakit di Filipina.

“Saya ibu tunggal dan perlu cari wang di sini menanggung anak lelaki saya yang mendapatka­n tiga kali rawatan dalam seminggu untuk dia menjalani kehidupan normal.

“Dia dilahirkan pramatang dan menderita tiga penyakit termasuk sawan,” katanya.

Afiq turut memerintah­kan telefon bimbit tertuduh dipulangka­n dan dirujuk ke Jabatan Imigresen selepas selesai menjalani hukuman.

Majistret menetapkan penjara dua bulan terhadap tertuduh jika gagal menjelaska­n denda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia