Harian Metro

KEMAS kekal tanggungja­wab Berendam dalam tangki

- Junaidi Ladjana junaidi_ladjana@nstp.com.my

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) memberi jaminan memperkuku­hkan pembanguna­n modal insan awal kanak-kanak termasuk pendidikan kemahiran rakyat di Sarawak tanpa pilih kasih.

Walaupun berlaku perubahan Kerajaan Pusat, tanggungja­wab KEMAS kepada rakyat di negeri ini tidak pernah berubah bahkan perkhidmat­an agensi itu dipertingk­atkan dari semasa ke semasa.

Pengarah Sumber Manusia dan Pentadbira­n KEMAS Ahmad Joharee Mohamed berkata, KEMAS banyak menyumbang kepada kelahiran modal insan berkualiti, terutama di kawasan luar bandar merangkumi pelbagai latar belakang ekonomi.

“Kehadiran KEMAS sejak sekian lama di Sarawak adalah manifestas­i rakyat di negeri ini tidak pernah dipinggirk­an, bahkan kebajikan mereka merangkumi bidang kemahiran dan pendidikan awal kanak-kanak terus menjadi keutamaan KEMAS.

“Kami merangka pelbagai program susulan peningkata­n potensi rakyat di negeri ini terus dipupuk,” katanya.

Beliau yang mewakili Ketua Pengarah KEMAS, Datuk Amiruddin Ariffin berkata demikian selepas menghadiri Majlis Perasmian Penutupan Hari Potensi Tabika KEMAS Peringkat Negeri Sarawak 2018 di Kompleks Belia dan Sukan di sini, semalam.

Pada Jun lalu, Menteri Pembanguna­n Luar

Bandar, Rina Mohd Harun, mengesahka­n 17,539 kakitangan KEMAS berstatus kontrak dan tetap daripada pelbagai jurusan dan gred dikekalkan termasuk di negeri ini.

Justeru, kakitangan KEMAS diminta memberi tumpuan kepada tugas hakiki berkhidmat kepada rakyat tanpa pembabitan dalam politik.

Sementara itu, Ahmad Joharee berkata, ketika ini KEMAS memperhalu­si silibus baru pendidikan di tabika KEMAS yang menekankan penggunaan bahasa Inggeris.

“Selain itu, pendidikan aliran sains, teknologi, agama, kejurutera­an, kesenian dan matematik juga dijangka diperkenal­kan dalam kaedah bersesuaia­n sebagai persediaan kanak-kanak memasuki persekolah­an rasmi,” katanya.

Seorang penagih dadah sanggup bersembuny­i di dalam tangki air rumahnya di sebuah kampung di sini, bagi mengelak ditahan penguat kuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dalam Op Cegah, malam kelmarin.

Bagaimanap­un, cubaan lelaki berusia 20 tahun itu gagal apabila dia tidak dapat menahan nafas ketika berendam di dalam tangki yang

„ Lelaki disyaki penagih tidak dapat tahan nafas di air serah diri

dipenuhi air sebelum menyerah diri kepada penguat kuasa AADK.

Operasi oleh AADK Tuaran itu bermula jam 11.20 malam membabitka­n lokasi di Tuaran dan Kota Belud antaranya Kampung Tempasuk 2, Lantiggi, Lebak Moyoh, Lapasan Tenghilan, Sawah, Dungun dan Lok Batik.

Ketua pegawai AADK Tuaran Asraf Hafiz Ruslan berkata, bertindak atas aduan orang awam serta risikan selama seminggu, pasukan AADK Tuaran menjalanka­n Op Cegah dan dibantu AADK negeri dan AADK Labuan yang menahan tujuh lelaki kerana disyaki penagih dadah.

“Hasil ujian saringan awal air kencing, enam positif syabu manakala seorang lagi negatif,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, lelaki yang menyerah diri kerana tidak dapat menahan nafas selepas bersembuny­i di tangki air rumahnya positif syabu dan dibawa ke AADK Tuaran untuk siasatan lanjut.

Katanya, semua suspek berusia 22 hingga 46 tahun yang ditahan dalam operasi itu disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

“AADK Tuaran terus melakukan pemantauan dari semasa ke semasa bagi membantera­s kegiatan penagihan dadah.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung penyalahgu­naan dadah boleh menyalurka­n maklumat dengan menghubung­i AADK Tuaran di talian 088-788336 atau tampil ke mana-mana pejabat AADK berhampira­n,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA penguat kuasa AADK menahan seorang lelaki disyaki penagih dadah di sebuah kampung di Kota Belud dalam satu operasi Op Cegah malam kelmarin.
ANGGOTA penguat kuasa AADK menahan seorang lelaki disyaki penagih dadah di sebuah kampung di Kota Belud dalam satu operasi Op Cegah malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia