Harian Metro

Tunggu laporan

- Suraya Roslan dan Mahaizura Abd Malik cnews@nstp.com.my

Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Malaysia masih menunggu laporan penuh berhubung penyelewen­gan dana Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) berjumlah RM16 juta.

Timbalan Menterinya, Eddin Syazlee Shith berkata, isu filem ghaib seperti dilaporkan akhbar ini masih di peringkat siasatan dalaman FINAS.

Beliau percaya apa juga pendekatan dan tindakan diambil adalah demi kebaikan FINAS serta industri perfileman tempatan.

“Saya berusaha mendapatka­n maklumat tepat dan komprehens­if daripada FINAS. Perkara ini masih dalam siasatan dalaman FINAS, belum (dapat) lagi (laporan) sebab semalam (kelmarin) pun sudah ditanya oleh Menteri (Gobind Singh Deo).

“Kami pun tak nak tekan dan memberi masa mereka lengkapkan siasatan dulu,” katanya ketika ditemui selepas melawat FINAS, di sini, semalam.

Eddin juga tidak menetapkan tempoh masa tertentu kepada FINAS untuk menyiapkan siasatan terbabit.

Berikutan itu, beliau meminta semua pihak bersabar dan memberi peluang kepada FINAS untuk menyiapkan siasatan sebelum dibawa ke peringkat kementeria­n.

“Setakat ini, semua pihak memberikan kerjasama. Bagi peluang dulu (kepada FINAS), saya percaya akan ada penambahba­ikan.

“Di peringkat kementeria­n memang ada juga beberapa cadangan termasuk melantik juruaudit dan sebagainya untuk membendung isu ini,” katanya.

Sebelum ini, Eddin Syazlee ketika dihubungi memberi bayangan pelbagai cadangan penambahba­ikan FINAS masih lagi di peringkat perbincang­an, namun buat masa ini pihaknya memantau penyaluran dana bagi mengelak penyelewen­gan berulang.

“Ada macam-macam cadangan, tetapi masih lagi dibincangk­an di peringkat tertutup,” katanya.

 ??  ?? EDDIN Syazlee (kanan) bersama Ketua Pengarah FINAS, Datuk Fauzi Ayob (dua dari kanan) pada lawatan kerja di FINAS.
EDDIN Syazlee (kanan) bersama Ketua Pengarah FINAS, Datuk Fauzi Ayob (dua dari kanan) pada lawatan kerja di FINAS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia