Harian Metro

Tak gentar komen negatif

-

Zara jelaskan dia dapat sokongan

kuat daripada dua pengacara berpengala­man,

Fara dan Jihan

“Sebagai manusia kita tahu kemampuan diri sama ada boleh lakukan sesuatu perkara atau tidak. Saya pula jenis kalau rasa tak yakin saya tidak akan buat.

“Berbeza dengan tawaran untuk mengacarak­an ABPBH31, hati saya kata boleh dan yakin. Saya juga suka mencabar diri dan sudah tentu peluang ini saya ambil sebagai satu cabaran,” katanya.

Tidak pernah bergelar pengacara pada acara besar, ia bukanlah satu masa

lah buat Zara kerana umum tahu dia berkawan baik dengan dua lagi pengacara popular dan memiliki pengalaman luas dalam bidang pengacaraa­n iaitu Fara Fauzana dan Jihan Muse.

Pastinya, kelebihan dimiliki itu akan digunakan pelakon yang mula mencipta nama menerusi drama bersiri Love You Mr Arrogant itu untuk berguru dengan Fara dan Jihan.

Mengulas perkara itu, Fara dan Jihan tidaklah mengajar sepenuhnya cara mahu mengacara sebaliknya mereka berkongsi tip penting yang Zara perlu tahu.

“Menurut Fara dan Jihan, mereka tidak boleh mengajar teknik mengacara satu persatu kerana setiap individu ada cara dan kreativiti tersendiri untuk mengendali­kan sesebuah program.

“Bagaimanap­un, mereka menjadi penyokong kuat dan memberikan galakan kepada saya untuk menerima tawaran ini. Kata mereka, peluang hanya datang sekali dan sayang sekiranya saya melepaskan tanpa mencuba terlebih dahulu,” katanya.

Bercerita mengenai pandangan dan komen bakal diterima daripada penonton dan peminat acara prestij berkenaan, dramatis kelahiran Lenggong, Perak ini berkata, sekiranya ia positif sudah tentu akan diterima dengan tangan terbuka.

“Sekurangku­rangnya komen diberikan itu nanti saya boleh gunakan untuk memperbaik­i mana yang dilihat lemah. Andai kelak ada tawaran lagi, persembaha­n saya akan lebih bagus,” katanya.

Tegas Zara lagi, dia tidak gentar dengan komen berbaur negatif kerana bagi selebriti ia bukan perkara asing.

“Kalau nak fikir apa orang cakap, saya tak buat apaapa pun ada juga yang mengata. Jadi, kenapa kali ini saya perlu memikirkan soal itu? Apa yang penting, saya perlu positif dan memberikan yang terbaik,” katanya.

Beralih perkembang­an lain, seperti yang diketahui peminat selain berlakon Zara

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia