Harian Metro

Bukan dari China!

„ Calon negara Tembok Besar tak tersenarai pengganti Birmingham

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@nstp.com.my

Bukan dari China! Itulah jawapan Setiausaha Agung Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM), Mae Chen mengenai pengganti Paul Birmingham yang mengambil keputusan meletak jawatan daripada membimbing skuad negara Jun lalu.

Menurutnya, walaupun menerima banyak permohonan dari seluruh dunia namun dalam senarai berkenaan tidak ada pengendali dari negara Tembok Besar itu.

“Setakat ini kami masih belum membuat keputusan. Permohonan hanya ditutup pada hujung bulan ini. Selepas itu kami akan membuat senarai pendek,” katanya ketika dihubungi semalam.

Katanya, permohonan daripada 26 individu itu membabitka­n jurulatih dari Amerika Syarikat, Australia, Sepanyol, Mexico dan Belanda.

Selepas 10 tahun bersama skuad renang negara, Birmingham menghantar surat peletakan jawatannya Jun lalu dengan tugas terakhirny­a pada Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018.

Sebelum ini, beberapa perenang negara termasuk Welson Sim, mahu pengendali yang baharu mempunyai perwatakan sama seperti Birmingham iaitu sangat terbuka dan mudah dibawa berbincang.

Pandangan sama turut diberikan perenang berusia 21 tahun, Keith Lim yang mengharapk­an jurulatih baharu tidak terlalu serius dan masih mempunyai ruang untuk berjenaka dengan anak buah.

Legenda negara, Nurul Huda Abdullah pula pernah memberi pandangan bahawa Malaysia masih lagi memerlukan kepakaran asing yang bukan saja memberi manfaat kepada perenang, malah jurulatih tempatan di peringkat negeri.

 ??  ?? BIRMINGHAM memantau sesi latihan perenang negara di Pusat
Akuatik Nasional, Bukit Jalil.
BIRMINGHAM memantau sesi latihan perenang negara di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia